Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Wednesday, 17 September 2014
Berdarah Pada Malam Pertama
Beberapa tahun lepas aku terbaca di Harian Metro kisah seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya kerana tidak berdarah pada malam pertama perkahwinan mereka. Si suami beranggapan si isteri telah menipu dirinya dan tidur dengan lelaki lain sebelum berkahwin. Berita ini amat menyedihkan kerana cinta yang mereka bina selama ini hancur musnah kerana sikap tidak berfikir panjang si suami. Namun kisah ini tidak seburuk berita berita yang aku dengar dari negara negara konservatif muslim. Di Pakistan dan Bangladesh umpamanya ramai isteri yang tidak berdarah pada malam pertama dibunuh atau/dan dibakar oleh suami, abang atau bapa mereka kerana dikatakan telah menconteng arang ke muka keluarga. Pada pendapat aku, berdarah atau tidak berdarah bukanlah satu perkara yang perlu dijadikan isu. Dibawah ini akan aku jelaskan mengapa.
Pertama sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan selaput dara. Menurut Nederlandse Vereniging voor Obstetrie en Gynaecologie (May 2004), 1 bagi setiap 1000 orang wanita dilahirkan tanpa selaput dara. Dalam erti kata lain, kira - kira 15000 wanita di Malaysia tidak mempunyai selaput dara.
Selain itu, selaput dara bukan sahaja boleh pecah kerana aktiviti seks tetapi juga kerana faktor faktor yang lain seperti penggunaan tampon yang kerap, penggunaan vaginal speculum ketika pemeriksaan kesihatan, onani, sering melakukan akitiviti lasak serta bersukan, kecederaan atau penderaan fizikal. Atas sebab - sebab ini berdarah atau tidak bukanlah petunjuk konkusif bahawa si wanita itu pernah melakukan seks atau tidak.
Disamping itu, sesetengah wanita mungkin hilang dara kerana dirogol. Golongan ini dalam dilema sama ada patut atau tidak mereka menceritakan tragedi hitam mereka kepada bakal suami. Golongan lelaki diluar sana mungkin beranggapan yang wanita wanita ini harus berterus terang sahaja kepada bakal suami mereka. Namun, kita tidak berada di tempat wanita itu dan tidak tahu betapa berserabut fikirannya. Jika diberitahu, makin banyak soal si suami hingga membuatkan si isteri terseksa mengenangkan saat dirogol. Ada kemungkinan si suami akan menganggap si isteri hanya membuat - buat alasan untuk menutup aib bahawa dirinya dulu seorang bohsia. Ada kemungkinan si suami akan menyalahkan si isteri kononnya terlalu naif, sama dua kali lima menggatal, berpakaian seksi dan sebagainya. Hakikatnya, amat susah sekali suami - suami diluar sana mempercayai pengakuan isteri mereka.
Menurut Psychology Today (Mac 2011), hanya 43% wanita yang disoal selidik mengatakan mereka berdarah ketika pertama kali melakukan seks. Adakah ini bermaksud 57% wanita yang lain itu masih mempunyai dara? Sudah tentu tidak.
Lelaki - lelaki diluar sana sangat bersyukur dan gembira jika mengetahui isteri mereka berdarah pada malam pertama. Tetapi pendarahan ini mungkin berlaku disebabkan penyakit seperti cervical dysplasia, gonorrhea, cervical polyps, vaginal yeast infection, uterine polyps, chlamydia, vaginitis, trichomoniasis, endrometritis and fibroid tumors. Jika bukan kerana penyakit mungkin juga kerana kemasukan zakar kedalam vagina secara kasar dan kekurangan pelincir.
Yang peliknya, sesetengah lelaki yang beriya - iya mahukan isteri dara ini belum pasti lagi masih teruna atau tak. Entah - entah dah banyak kali beromen dengan anak orang. Janganlah jadi lelaki munafik yang nak isteri islamik, dara tapi perangai sendiri macam sampah.
Berdasarkan faktor - faktor ini tidak perlulah lagi kita hebohkan sangat jika perempuan itu berdarah atau tidak. Apa yang penting adalah perempuan itu baik, memahami kita dan menyayangi kita sepenuh hati. Jika perempuan itu terbukti pernah tidur dengan banyak lelaki sekalipun tidak perlu kita kenang sejarah hidupnya. Apa yang lepas kita biarkan berlalu pergi. Jika wanita itu pelacur sekalipun tetapi benar benar ingin membina keluarga bersama kita jadi terimalah seadanya. Lagipun kita ini pun bukanlah sempurna mana.
Aku yang teruna ni pun tak poyo nak bini dara jadi kau tolong jangan mengada.
Fazrin Jamal
Sunday, 2 September 2012
8 Perkara Menyakitkan Hati Waktu Kenduri Kahwin
Beberapa bulan lagi musim kenduri kahwin akan bermula. Dari pagi ke petang, akan bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain meraikan terbinanya masjid indah dua pasangan. Namun begitu, dalam meraikan kemeriahan ni, ada beberapa perkara yang aku sakit hati sangat sangat ketika di majlis pernikahan.
I) Pergi kenduri nak makan aja tapi menolong tak nak.
Bila sampai aja kat kenduri, terus pergi ke khemah kenduri mencari nasi. Bila dah kenyang mentedarah cepat cepat dia angkat kaki nak berambus. Tak ada pun terfikir nak tolong basuh pinggan ke, buat air ke atau lapik tipu. Salam pun tidak dengan tuan rumah. Aku pun kadang kadang buat macam ni jadi tak boleh nak kata apa la kan. :$
II) Selipar main sarung aja.
Sesedap hati mak bapak dia aja sarung selipar aku macam tu atuk dia yang beli! Aku tau la yang dekat pintu rumah tu penuh dengan selipar tetamu kenduri jadi kadang kadang selipar kita tak nampak, tapi tu tak bagi kau lesen untuk pakai selipar orang lain tanpa kebenaran. Sepatutnya bila kau dah tahu banyak selipar dekat situ, otak tu patut kreatif sikit berfikir dekat tempat tersorok mana nak letak selipar supaya senang nak pakai ketika sibuk berkenduri. Ini tidak, selipar kita pula yang ditibainya. Kalau selipar tu memang dijamin 100% akan berada kat situ balik selepas digunakan lain cerita tapi masalahnya orang melayu ni bila dah sedap dikaki, sampai ke rumah selipar orang dibawanya. Yang aku lagi mendidih tu bila selipar yang aku beli tu mahal dan lawa! Sesaja dia buat dajal.
III) Lauk rasa manis
Ni yang paling aku pantang! Tekak aku ni tekak versi Negeri Sembilan bukannya tekak versi Kelantan jadi apa pasal kau pergi menggatal letak gula dalam lauk. Kalau kenduri yang kau buat tu diluar Negeri Sembilan, aku boleh faham sebab orang luar tak berapa suka makan benda pedas tapi masalahnya kau tu duduk dekat Rembau! Aku perasan kes lauk manis selalunya pada lauk ayam sambal. Macam makan kek coklat manisnya. Geli tekak aku makan. Dia dah tahu orang Negeri suka benda pedas jadi apa susahnya dia buat apa yang kita suka? Kalau ada yang membantah sebab dia tak makan pedas, suruh aja dia makan lauk lain. Sepatutnya ikut citarasa majoriti bukannya minoriti. Tak makan lauk pedas konon. :-S
IV) Hantaran kahwin mahal sangat
Aku tau la ada sesetengah lelaki mampu bayar hantaran kahwin mahal mahal tapi sumpah aku tak faham apa function semua tu? Kalau aku jadi perempuan la kan, aku minta seribu dua aja. Buat apa mahal mahal - kahwinkan anak atau jual anak? Lepas tu, ada pula adat bayar tol bagai. Saja bernawaitu mempapakedanakan si lelaki supaya si emak bapa perempuan boleh bermegah megah dengan jiran yang menantu lelaki dorang kaya. Dulang hantaran pula ditetapkannya sampai 10 macam. Kalau anak perempuan dia tu cantik, bijak, baik bagai berbaloi la tapi masalahnya anak dia tu muka macam ayam kena lenyek tengah jalan, ambil SPM pun tak lepas dan perangai mengalahkan syaitan. Minta maaflah kalau aku terlalu berterus terang tapi bila cakap cara lembut bukannya mak bapak perempuan tu nak sedar.
V) Mak cik mengumpat.
Masa potong daging, potong bawang ni lah mak cik mak cik tak sedar diri mengumpat pasal hal keluarga pengantin dan pengantin itu sendiri. Gembira betul dorang mengumpat terutama sekali memandangkan geng mengumpat masa kenduri macam ni. Ada tu mengata pasal kononnya si pengantin perempuan tu dah hilang dara la, si lelaki tak mampu nak sediakan pelamin la, khemah sikit la itu la ini la. Masalahnya, mak cik mak cik macam ni la yang anak dia rosak. Hal yang tak sepatutnya dia masuk campur, dia pergi menyibuk. Salah ke kalau pelamin tak ada dalam majlis pernikahan? Siapa beritahu dia dengan yakin dan pasti pengantin perempuan dah hilang dara?
VI) Menyuruh orang lain buat kerja tapi anak sendiri tak disuruh
Yang ni aku pernah kena banyak kali jadi memang sakit hati la. Pak cik pak cik aku memang handal suruh anak buah dia jaga api, potong itu, potong ini bagai tapi anak dia yang bontot makin melebar dibiarkan bersolek berjam jam sedangkan aku dan adik beradik aku berpeluh peluh buat kerja. Dia ingat aku ni kuli batak dia agaknya? :@
VII) Lauk satu jenis aja.
Ni paling aku tak faham. Pernah sekali aku pergi kenduri dan lepas beberapa lama aku sedar yang lauknya sebenarnya sama aja. Daging lembu tu dipelbagaikan cara masakannya jadi disitu ada la gulai lembu, sup tulang lembu, rendang lembu dan sebagainya bertemakan lembu! Ada tiga kemungkinan tentang tuan majlis ni. Pertama, dia peminat setia lembu. Kedua, dia memang tak sedar ada binatang lain selain lembu dalam dunia ni. Atau ketiga, dia saja nak troll tetamu majlis dia.
Dia datang betul betul pukul 12 masa orang tengah makan kenduri lepas tu minta bungkus lauk. Tuan rumah tu ajak datang untuk makan bukannya untuk korang minta bawa balik lauk. Kecuali la kalau tuan rumah tu yang bagi. Dah la menolong kenduri tak nak. Menyampah betul aku dengan orang jobo macam ni!
Hasil penulisan,
Fazrin Jamal.
Categories:
Cinta,
Dara,
Kahwin,
Kenduri,
Lauk,
Lauk Kenduri,
Perempuan,
Perkahwinan,
suami isteri,
Teruna
Subscribe to:
Posts (Atom)




