Saturday 8 December 2012

37 Gambar Menakjubkan Yang Susah Untuk Dipercayai

Rumah berusia 700 tahun di Iran

Aksi berbahaya ini dilakukan oleh Paul Steiner ketika berada 2100 meter di udara dan kedua dua kapal terbang bergerak dengan kelajuan 100 batu sejam diatas banjaran gunung di Styria, Austria.


Karya seni yang dihasilkan menggunakan ciuman.


Rumah batu di Portugal

Carlos Rodriguez kehilangan sebahagian besar otak dan tengkorak kepala apabila terbabit dalam kemalangan yang membuatkan dia tercampak keluar dari windscreen kereta


Tomato berbentuk itik


Boleh dijumpai di Pulau Vashon, Washington
                                                                                          

Pokok yang didalamnya terdapat bar. Hanya di Afrika Selatan

Anjing terbesar di dunia bernama George yang berketinggian 7 kaki 3 inci


Mata manusia

Tasik Reba yang terletak di Cap Vert, Senegal boleh berubah warna daripada ungu cair kepada merah jambu.  Warna air ini berubah menjadi pink disebabkan organism Dunaliella Salina


Awan Mamatus. Dikenali juga sebagai mammatocumulus.


Cebuella pygmaea adalah spesies monyet terkecil di dunia dengan saiz sekitar 14 hingga 16 sentimeter

Oleh kerana airnya kelihatan jernih dan dasar tasik jelas terlihat maka ramai beranggapan tasik ini cetek. Tapi sebenarnya Tasik Flathead di Montana mempunyai kedalaman 370 kaki

Jambatan Tsunoshima di Jepun

Lukisan menggunakan pensil yang dihasilkan artis Diego Fazio


Minum air jap

Lukisan 3D

Jambatan khas dibina untuk membantu binatang liar menyeberang jalan

Ukiran pokok yang menakjubkan

Tupai menggunakan ekornya sebagai payung

Askar jepun dalam operasi membantu mangsa banjir tahun lepas

First World Hotel di Malaysia mempunyai 6000 buah bilik, taman tema, pusat beli belah, hutan tropika buatan dan 90 restoran.

Ukiran gajah menggunakan pasir

Kayu yang diukir

Blood Falls di Antartika mempunyai kadar garam yang tinggi dan kaya dengan elemen besi yang menyebabkan airnya berwarna merah seperti darah

Hutan Bengkok , Poland

Buaya sepanjang 16 kaki ini ditembak di Nyamapanda berdekatan dengan sempadan Mozambique oleh Stephen Curle.


Allen’s Hummingbird

Green Vine Snake

Pokok didalam air

Passau, Jerman

Lost Gardens of Heligan, England


Diperbuat daripada CD patah. Dihasilkan oleh penulis Sean Avery


Semut boleh mengangkat beban 20 kali ganda lebih berat daripada berat badannya

Glaucus Atlanticus. Ini adalah binatang planktonik milik yang dikenali sebagai Nudibranches.  Makhluk menakjubkan ini adalah siput laut yang terapung bebas di lautan terbuka dan memakan ubur-ubur


Diperbuat daripada tayar buangan. Dihasilkan oleh Yong Ho Ji              


Sunday 2 September 2012

8 Perkara Menyakitkan Hati Waktu Kenduri Kahwin




Beberapa bulan lagi musim kenduri kahwin akan bermula. Dari pagi ke petang, akan bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain meraikan terbinanya masjid indah dua pasangan. Namun begitu, dalam meraikan kemeriahan ni, ada beberapa perkara yang aku sakit hati sangat sangat ketika di majlis pernikahan. 




I) Pergi kenduri nak makan aja tapi menolong tak nak. 
Bila sampai aja kat kenduri, terus pergi ke khemah kenduri mencari nasi. Bila dah kenyang mentedarah cepat cepat dia angkat kaki nak berambus. Tak ada pun terfikir nak tolong basuh pinggan ke, buat air ke atau lapik tipu. Salam pun tidak dengan tuan rumah. Aku pun kadang kadang buat macam ni jadi tak boleh nak kata apa la kan. :$ 






II) Selipar main sarung aja. 
Sesedap hati mak bapak dia aja sarung selipar aku macam tu atuk dia yang beli! Aku tau la yang dekat pintu rumah tu penuh dengan selipar tetamu kenduri jadi kadang kadang selipar kita tak nampak, tapi tu tak bagi kau lesen untuk pakai selipar orang lain tanpa kebenaran. Sepatutnya bila kau dah tahu banyak selipar dekat situ, otak tu patut kreatif sikit berfikir dekat tempat tersorok mana nak letak selipar supaya senang nak pakai ketika sibuk berkenduri. Ini tidak, selipar kita pula yang ditibainya. Kalau selipar tu memang dijamin 100% akan berada kat situ balik selepas digunakan lain cerita tapi masalahnya orang melayu ni bila dah sedap dikaki, sampai ke rumah selipar orang dibawanya. Yang aku lagi mendidih tu bila selipar yang aku beli tu mahal dan lawa! Sesaja dia buat dajal. 



III) Lauk rasa manis 
Ni yang paling aku pantang! Tekak aku ni tekak versi Negeri Sembilan bukannya tekak versi Kelantan jadi apa pasal kau pergi menggatal letak gula dalam lauk. Kalau kenduri yang kau buat tu diluar Negeri Sembilan, aku boleh faham sebab orang luar tak berapa suka makan benda pedas tapi masalahnya kau tu duduk dekat Rembau! Aku perasan kes lauk manis selalunya pada lauk ayam sambal. Macam makan kek coklat manisnya. Geli tekak aku makan. Dia dah tahu orang Negeri suka benda pedas jadi apa susahnya dia buat apa yang kita suka? Kalau ada yang membantah sebab dia tak makan pedas, suruh aja dia makan lauk lain. Sepatutnya ikut citarasa majoriti bukannya minoriti. Tak makan lauk pedas konon. :-S 



IV) Hantaran kahwin mahal sangat 
Aku tau la ada sesetengah lelaki mampu bayar hantaran kahwin mahal mahal tapi sumpah aku tak faham apa function semua tu? Kalau aku jadi perempuan la kan, aku minta seribu dua aja. Buat apa mahal mahal - kahwinkan anak atau jual anak? Lepas tu, ada pula adat bayar tol bagai. Saja bernawaitu mempapakedanakan si lelaki supaya si emak bapa perempuan boleh bermegah megah dengan jiran yang menantu lelaki dorang kaya. Dulang hantaran pula ditetapkannya sampai 10 macam. Kalau anak perempuan dia tu cantik, bijak, baik bagai berbaloi la tapi masalahnya anak dia tu muka macam ayam kena lenyek tengah jalan, ambil SPM pun tak lepas dan perangai mengalahkan syaitan. Minta maaflah kalau aku terlalu berterus terang tapi bila cakap cara lembut bukannya mak bapak perempuan tu nak sedar.







V) Mak cik mengumpat. 
Masa potong daging, potong bawang ni lah mak cik mak cik tak sedar diri mengumpat pasal hal keluarga pengantin dan pengantin itu sendiri. Gembira betul dorang mengumpat terutama sekali memandangkan geng mengumpat masa kenduri macam ni. Ada tu mengata pasal kononnya si pengantin perempuan tu dah hilang dara la, si lelaki tak mampu nak sediakan pelamin la, khemah sikit la itu la ini la. Masalahnya, mak cik mak cik macam ni la yang anak dia rosak. Hal yang tak sepatutnya dia masuk campur, dia pergi menyibuk. Salah ke kalau pelamin tak ada dalam majlis pernikahan? Siapa beritahu dia dengan yakin dan pasti pengantin perempuan dah hilang dara? 





VI) Menyuruh orang lain buat kerja tapi anak sendiri tak disuruh 
Yang ni aku pernah kena banyak kali jadi memang sakit hati la. Pak cik pak cik aku memang handal suruh anak buah dia jaga api, potong itu, potong ini bagai tapi anak dia yang bontot makin melebar dibiarkan bersolek berjam jam sedangkan aku dan adik beradik aku berpeluh peluh buat kerja. Dia ingat aku ni kuli batak dia agaknya? :@ 




VII) Lauk satu jenis aja. 
Ni paling aku tak faham. Pernah sekali aku pergi kenduri dan lepas beberapa lama aku sedar yang lauknya sebenarnya sama aja. Daging lembu tu dipelbagaikan cara masakannya jadi disitu ada la gulai lembu, sup tulang lembu, rendang lembu dan sebagainya bertemakan lembu! Ada tiga kemungkinan tentang tuan majlis ni. Pertama, dia peminat setia lembu. Kedua, dia memang tak sedar ada binatang lain selain lembu dalam dunia ni. Atau ketiga, dia saja nak troll tetamu majlis dia. 



VIII) Menolong tak nak tapi bawa balik lauk no1. 
Dia datang betul betul pukul 12 masa orang tengah makan kenduri lepas tu minta bungkus lauk. Tuan rumah tu ajak datang untuk makan bukannya untuk korang minta bawa balik lauk. Kecuali la kalau tuan rumah tu yang bagi. Dah la menolong kenduri tak nak. Menyampah betul aku dengan orang jobo macam ni! 

Hasil penulisan, 
Fazrin Jamal.

Friday 31 August 2012

Kenangan Raya Bersama Kawan Ex-Form 6



24 Ogos MMXII akan kekal dalam ingatan aku selama lamanya, insyaallah. Pada hari raya ke6 itu, aku, Amir, Linda, Asyu, Liyana, Fara, Hafeez, Akok dan Yusri beraya ke rumah kawan dan cikgu cikgu yang pernah mengajar kami.

Sehari sebelum tu, budak budak ni plan nak pergi beraya start pukul 9 pagi. Aku pun bangunlah awal pukul 8.20 sebab tak nak terlewat dan menyusahkan orang lain. Lepas pukul 9, aku tunggu punya tunggu, Linda yang janji nak jemput aku tak sampai. Lebih kurang pukul 9.15 Amir mesej aku suruh bersiap cepat sebab pukul 9.45 dia jemput aku. Ada ke patut dia suruh aku bersiap sedangkan aku dah sejam bersedia nak beraya? Aku tunggu lagi. 9.45 berlalu Amir tetap tak sampai sampai. Muak pula aku tunggu. Rasa macam malas dah nak pergi. Tapi bila Amir dan Hafeez datang pukul 10 cepat aja aku keluar. :-S 






Kami pun bertolak menuju ke rumah Amir dulu. Kat situ, aku dan budak budak ni kena tunggu si Yusri (perancang beraya pukul 9 pagi) yang tak sampai sampai. Orang telefon dekat phone dia tak angkat. Lepas beberapa lama, dia suruh aku dan budak budak ni bertolak pergi rumah Asyu dulu.

Di rumah Asyu, ada Linda dan Fara sekali menunggu jejaka jejaka tampan ni. Bila dah ramai ramai macam ni, masing masing pun bergelak ketawa macam kat form 6 dulu. Semua orang ada sesuatu nak diceritakan sebab dah lama tak berkumpul macam ni. Lepas beberapa lama, Yusri pun sampai. Janji pukul 9, tapi datang lebih kurang pukul 11. :@ Di rumah Asyu, kami dihidangkan dengan nasi goreng yang mak Asyu buat. Sedap! Rasa macam nak tambah 2-3 kali aja tapi malu pula orang perhatikan. tongue

Selepas tu, kami bertolak pergi ke rumah Liyana. Pertama kali pergi rumah dia, aku tak tahu pula rumah dia besar gila. Terperanjat aku! Kat situ, aku dan budak budak ni banyak berborak aja. Kuih pun kami tak makan sangat. 




Lepas tu, pergi pula ke rumah Akok yang agak ceruk. Macam dalam kampung orang asli. wink Tapi layanan tuan rumah memang ok la. Mee goreng basah yang dihidangkan memang sedap walaupun pedas. Rasa macam nak kutip satu persatu udang yang ada dalam mee tu sumbat dalam mulut aku. Yang untungnya beraya dekat rumah Akok ni sebab mak dan wan Akok memang pemurah bagi duit raya kat kami yang dah tua bangka ni. Wan dia bagi RM3 manakala mak dia bagi RM2. Bertambah duit raya aku.

Waktu telah menghampiri pukul 1 tengahari jadi selepas itu, budak budak lelaki bergerak menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Budak budak perempuan lak pergi shopping beli barang untuk digunakan di universiti nanti. Selepas dah selesai beribadat, aku, Hafeez, Yusri dan Amir pergi makan cendol pulut kat gerai depan masjid tu. Sedap juga la.








Kira kira pukul 2.30 petang, kami berada di rumah Cikgu Maimunah, guru yang paling aku sayangi semasa di form 6. Sumpah, aku gembira gila jumpa cikgu maimunah! Rasa macam nak pergi balik ke masa lampau dan belajar balik makroekonomi dengan dia. Raya tahun ni, makanan dekat rumah cikgu maimunah tak semewah raya tahun lepas. Tak ada nugget. Tak ada ayam. Tak ada nasi. Tapi tu tak menjejaskan raya tahun ni pun. Sebabnya, kami dapat berkumpul dan melawak sesama sendiri bersama guru. Dekat situ, aku asyik kena attack aja. Cikgu Maimunah masih lagi tegur aku supaya jangan sokong Pembangkang dan aktif berpolitik sangat macam kat sekolah dulu. Budak budak ni semua senyum senyum gelakkan aku. Amir pula ke asyik kata, ''goyang?''. Aduhai, aku dah tak terkata apa. Diam aja la. Tak baik melawan cakap guru walaupun kita ada hujah untuk menjawab. smile

Dari rumah cikgu maimunah ke rumah Cikgu Mustafa yang dulunya mengajar kami Pengajian Am Kertas 1. Teringat balik memori bersekolah dulu, cikgu mustafa bagi kerja rumah, liat betul aku nak buat. Kadang kadang sampai hampir merayu cikgu Tapa aku buatkan. Disitu sekali lagi kami dihidangkan dengan mee goreng dan lagi sekali isu ''fazrin sokong pembangkang'' tu terkeluar. Aduhai. Budak budak ni suka la tengok aku ditarbiyah. Tersenyum senyum mereka tengok aku.




Rumah cikgu Yazid sepatutnya menjadi destinasi kami yang seterusnya tapi memandangkan Cikgu Yazid dikatakan sedang mengadakan kenduri dan kami pula tak dijemput, jadi tak sedap pula rasanya datang tidak dipelawa ke kenduri orang. Oleh itu, kami terus menuju ke Tampin, ke rumah Cikgu Arbayah, guru Bahasa Melayu kami. Bila sebut aja nama cikgu ni, perkara pertama yang aku selalu teringatkan adalah cara sebutan baku cikgu menyebut 'negatif', 'oksigen' dan lain lain. Dulu dalam kelas, aku pernah tergelak kuat kuat masa cikgu Arbayah sebut perkataan baku sampai dia tanya kat aku ''Salah ke cikgu cakap, Fazrin?'' Jahatnya aku! Di rumah Cikgu Arbayah, kami dihidangkan mee goreng dan ayam KFC. Mee gorengnya sedap tapi memandangkan budak budak ni dah muak makan mee di rumah rumah sebelum ni maka ayam KFC yang mereka sumbatkan ke dalam mulut. Mee goreng tu hanya aku dan beberapa budak ni makan. Itupun sikit saja sebab dah terlampau kenyang. 






Dari Tampin, kami balik semula menuju ke Rembau ke arah rumah Amir. Emak dia sediakan nasi lemak dan mee sup. Memandangkan aku tak nak sebarang mee masuk ke tekak aku lagi hari tu, jadi aku makan la nasi lemak yang terhidang. Lagipun sambal yang tersedia istimewa sebab ada petai sekali. Sumpah sedap gila! Musim raya ni pun aku jarang jumpa nasi jadi memang berselera la aku makan. Rasa macam nak bungkus bawa balik rumah aja yang lebihan yang ada kat rumah Amir tu.

Lebih kurang pukul 7 petang kami pun balik. Penat gila beraya pada hari tu. Tapi apa apapun, kami memang gembira sangat. Tak tahulah bila lagi kami dapat berkumpul seperti ni dimasa masa akan datang. Harap harap persahabatan kami akan kekal erat walaupun masing masing membawa diri menuju menara gading.

Amin

Memori indah,
Fazrin Jamal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates