Monday 17 June 2013

17 Sebab Aku Makin Menyampah Dengan Drama Korea


Aku minat drama korea. Time exam pun sibuk layan drama korea. Tapi sejak lima tahun lepas aku tengok kualiti drama korea dah menjunam tak sebaik drama dulu - dulu. Makin tengok makin menyampah pula aku rasa. Kat bawah ni antara sebab sebab aku dah makin jarang tengok cerita korea :


Cliche

Si hero atau heroin berlari - lari satu airport cari couple diorang.
 (Stairway to Heaven, Yuhee the Witch, My Girl)

Bercinta bagai nak rak. Lepas tu dapat tahu rupa - rupanya diorang adik beradik. Terpaksa berpisah. Waktu cerita dah nak habis baru ada orang bagi tahu diorang bukan adik - beradik. Boleh bercinta balik.
(Autumn in My Heart, Winter Sonata, Summer Scent, Spring Waltz)

Nampak awek dia hampir kena langgar. Berlari kat awek untuk selamatkan dia. Awek selamat.
(Personal Taste, Dream High II, Rooftop Prince)

Perempuan menyamar jadi lelaki. Dalam kebanyakan cerita sebab nak belajar kat sekolah khas untuk lelaki.
(Sungkyunkwan Scandal, To the Beautiful You, Coffee Prince)

Kat bilik air, si lelaki bertembung dengan si perempuan. Lepas tu towel si lelaki tertanggal. Nampak cendawan beracun. And then, dua - dua menjerit.
(Personal Taste, Full House II)

Jika cerita tu bertemakan manusia dari zaman lampau  merentas masa ke zaman moden, ada je watak yang berlagak bodoh - bodoh dalam drama tu. Aku faham dia terperanjat tengok kecanggihan abad ke-21 tapi tak payah la buat muka terperanjat yang sangat menjijikkan.
(Rooftop Prince)

Lebih 90% cerita korea pasal cinta tiga segi. Kalau tak tiga segi, empat segi. Dan selalunya cinta mereka tu bermula sejak zaman kanak - kanak tapi terpisah. Akhirnya berjumpa balik bila dah besar. Muak aku. Cuba la buat cerita aksi, hantu atau jenayah ke.

cerita ni serius best gila. sedih do. rugi tak tengok.


Kebodohan Melampau / Tak Logik

Cabut bateri sebab malas nak layan phone call sedangkan butang off phone warna merah jelas terpampang. Apa la buta sangat mata tu?
(Stairway to Heaven)

Kena hujan sikit lepas tu dah demam masuk hospital bagai. Aku tahu la kat Korea tu sejuk tapi kat Malaysia ni boleh tahan gak sejuknya. Aku mandi hujan banyak kali ok je. Siap bersepak terajang dengan akak aku lagi.

Nampak awek dia hampir kena langgar. Berlari kat awek untuk selamatkan dia. Awek selamat. Tapi dia dengan penuh ketidakbijaksanaan menunggu kereta tu langgar dia. Lepas tu dia mampus atau sekurang - kurangnya cedera parah. Kenapa la dia tak terfikir nak i) jerit kat awek dia pasal kereta menuju kat arah dia atau ii) sambil tolak awek dia, dia sekali menjauhkan diri daripada laluan kereta tu?
(Personal Taste, Dream High 2, Rooftop Prince)

Perempuan menyamar jadi lelaki. Orang - orang disekeliling dia tak perasan langsung kononnya sebab dia tak ada buah dada, rambut pendek dan gayanya macam lelaki sedangkan suara dia sah - sah suara perempuan, tulang pipi dia tak timbul, dia tak nak mandi dengan pelajar lelaki lain, tangan dan kaki dia tak ada bulu dan banyak lagi. Teruk sangat ke masalah penglihatan orang korea ni?
(Sungkyunkwan Scandal, To the Beautiful You, Coffee Prince)

walaupun aku kutuk tapi aku tetap suka cerita ni. lebih kurang 12 kali dah tengok. choi ji woo memang gila gila pandai menangis.

Memang Menyampah

Perempuan dan lelaki dia menggedik tahap nak makan penyepak. Dia akan buat muka konon cute sampai aku rasa macam nak hempas tv kat rumah aku. Watak perempuan dan lelaki paling gedik aku pernah tengok adalah Oh Ha Ni yang dilakonkan Jung So-min dan watak Bong Joon-gu yang dilakonkan Lee Tae-sung  dalam drama Playful Kiss. Time bersedih pun dia buat muka bodoh. Salah satu sebab aku tak habis tengok drama tu pasal berdua ni la.

Bahasa Inggeris kebanyakan pelakon korea memang hancur!
(Love Story in Harvard)

Penyanyi penyanyi popular yang tak pandai berlakon jadi watak utama dalam drama. Aku tahu motif penerbit filem ambil penyanyi kpop berlakon sebab nak rating drama tinggi lagipun muka dorang tu hensem cantik bagai. Tapi masalahnya dorang tu berlakon hampeh. Menangis bereya-eya tapi air mata setitik pun tak keluar. Ekspresi muka pula entah apa benda. Contoh penyanyi kpop yang tak pandai berlakon adalah Kim Hyun-joong, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa dan banyak lagi.

cerita ni pasal cikgu kapel dengan pelajar. best memang best tapi ramai tak minat. aku ada try nak beli cd cerita ni kat kedai tapi tak ada.


Maki Satu - Persatu

Dalam drama Partner yang bertemakan percintaan dua orang peguam, aku perasan prosedur dan perjalanan proses perbicaraan sesuatu kes banyak tak sama dengan realiti dunia guaman. Dalam cerita ni, hari ni dapat kes bunuh minggu depan dah berhujah dalam mahkamah. Sedangkan dalam realiti dunia sebenar, masa yang diambil untuk pencarian bukti (saksi, circumstantial evidence, senjata, laporan deoxyribonucleic acid, motif dan banyak lagi) sahaja kadang - kadang ambil masa sehingga 9 bulan dan perbicaraan selalunya bermula setahun atau dua tahun selepas tangkapan suspek. Aku tahu la tak sesuai nak masukkan semua yang realiti kat dalam drama fiksyen tapi boleh tak sekurang - kurangnya jangan nampak sangat kesalahan tu?

Secret Garden pula sebuah drama yang sesak dengan elemen mengarut. Aku boleh faham dan dapat terima bila diawal drama tu diceritakan yang watak Kim Joo-won yang dilakonkan Hyun Bin ada Alice in the Wonderland Syndrome (benda yang dilihat kelihatan lebih kecil atau lebih besar daripada sebenarnya) dan takut kepada ruang tertutup atau/dan sempit (claustrophobia) tapi bila selepas tu ditambah pula unsur - unsur magik dan alam ghaib contohnya, Kim Joo-won nampak gambar rumah dalam lukisan tu menjadi terang bercahaya, Min Ah-young boleh melihat masa depan, badan kedua - dua watak utama tertukar dan arwah ayah Gil Ra-im datang dalam mimpi aku dah mula serabut. Nasib baik la dia tak masukkan Cotard Syndrome, Wendigo Psychosis dan Fregoli Delusion dan segala jenis penyakit mental sekali dalam drama ni.

Stairway to Heaven ni drama yang aku memang minat gila. Tapi drama ni ada satu masalah kronik. Tak kurang dari sepuluh kali mikrofon kat atas kepala pelakon tu timbul. Kalau sekali dua kali tu aku boleh faham la tapi ni dah banyak kali. Yang tukang edit video tu memang tak nampak ke? Lepas tu yang watak Han Jung Suh tu sekejap lari daripada boyfriend dia sekejap lagi cari boyfriend dia. Itu je la yang berulang sampai akhir cerita.

Nota :
1. Senarai ini tak lengkap. Sebab - sebab baru akan ditambah dari semasa ke semasa bila aku ingat lagi benda yang aku benci dengan drama korea.
2.  Jangan tengok cerita Dream High, Playful Kiss, Coffee Prince, You're Beautiful, Boys Over Flower dan The Greatest Love. Cerita ni semua hancur. Aku tak tahu la apa yang orang kemaruk sangat cerita ni.

Pengkritik jobo,
Fazrin Jamal






17 comments:

  1. kesian sangat10000x la mamat nie...dah tahu crta tu mengarut,buat apa nak layan jgak...dh nmanya CERITA MAMAT OI...mmg ada yg mengarut...dlm dunia nie,sesape pun x de yg PERFECT...so,jgnla engko nak pusing kpala tengok crta yg engko fikir mengarut dan x masuk akal tuueee....lgpun,kalau engko x suke lakonan or jlan crta diorang, knpe engko x jd director skali...lpas tu, org plak akn kritik engko punye..haa..mase tue,jgn plak engko nak naik angin ke naik hantu ke(suka ati engkolah nak naik ape)..klau dah suke tahap nak mampooss dgan drama diorang,jgn tengok..drpde engko tulis blog yg x tentu psal, kritik drama or movie luar ngra(sbb diorang pun x fham ape yg engko ckap)..,lbh baik engko kritik drama or movie dlm ngra..lagi berfaedah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Is there by any chance you're a retard? Oh wait...let me guess. Yes, you are! First of all, this is my blog and i've the right to write whatever I want (refer Article 10 (1) (a) of the Federal Constitution). I also respect your freedom to speak and thats why I don't delete your idiotic comment above. Second, I wrote the above article in malay because there are already so many articles written about ridiculousness of korean drama in english. Who gives a fuck whether korean understand it or not? Third, you don't have to become a director to criticise someone's work - go to amazon.com and you can read countless novel reviews, drama reviews, film reviews. Are those people reviewing people's works a directors? Fourth, you really a retard. I really hope you will go to the nearest hospital immediately, meet a neurologist and ask him or her why your brain is not functioning properly.

      Delete
    2. Is there by any chance you're a retard?bla bla bla bla(boring).........oh,wait...yelah,blog nie ko yg punye..sorry sbb lupe..mmang betol la apa kau ckap,i've the right to write whatever I want....hhhmmm..x kesah la kau nak ckap apa bro..sbb kau pon x kurangnye dgan diorang mcm yg kau ckap,kebodohan tahap melampau..dh tahu crta tu bodoh dn x masuk akal masih jgak kau nak tengok..siap beli cd dan hafal jlan crta korea yg kau kate bodoh tu. dlm erti kata lain,kau pun bodoh mcm diorang jgak...klau aku mcm kau mmang aku trauma thap nak mampusla..jgnkan nak minat,tengok cd korea pon aku nak muntah...oh ya,trma kasih la krana bg cdgan kat aku (meet a neurologist and ask him or her why your brain is not functioning properly)..dan utk pengetahuan kau,aku dh jumpe dh neurologist yg kau sarankan tu..tp dia ckap bkan otak aku yg x berfungsi..tp otak org yg menyarankn aku tu x berfungsi..nak tau x sbb ape dia ckap mcm tue??sbb dia pon ade baca blog kau nie...dia psan kat aku suruh kau jumpe pakar sakit jiwa...harap maklum...okla bro lpas nie x nak layan blog ko lg takut penyakit tu bjangkit plak dan jadi mcm ko..ngeee x sanggop100x..klau aku layan,nnti jd 10 sbb 2 kali 5 mcm kau..kasih tudah,baru ka ngasai ke belik alu dadak...

      Delete
    3. I wanna slap you but that would be considered animal abuse :-)

      Delete
    4. i think it's alright to write something like this because untuk mengkritik mesti la kena tengok dulu. apa salahnya if the penulis watch the drama. masa nak start tgk pun mula2 bukannye tau pun drama tu sengal ke tak. lepas dah tengok, baru menilai. i feel it is normal and i dont know why the mr/ms/mrs anonymous suddenly feels unsatisfied. and if u hate this post, pergi layan jugak buat pe. ckp org diri sendiri tak tgk???

      Delete
  2. Saya nk beritahu sikit.Tak semua drama Korea mcm tu.Cubalah tgk drama Nice Guy ke, Flower Boy Next Door ke, dan mcm2 lg.Kite jgn tgk berdasarkan ape yg kite tgk.Kena tgk yg juga.Tak salah meluat dgn drama Korea, tp jgn sampai kutuk mcm tu.
    (Nk tmbh sikit.Drama Rooftop Prince, To The Beautiful You, Sungkyunkwan Scandal best lar.Ramai org suke kot.Tp....drama lain pon best.Cuma ade kekurangan sikit.)

    Maaf kalau terkasar bahasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. boboiboy, terima kasih sebab sudi luangkan masa baca dan komen. tapi aku tak kata pun aku tak suka drama rooftop prince. aku suka drama tu sampai tengok 2 kali. in fact, aku suka gila watak hong se na (kakak jahat) tu. tapi aku tak suka beberapa babak yang tak logik langsung dan bodoh.

      to the beautiful you pula drama dia tergedik gedik harap muka je lebih.

      sungkyunkwan scandal tu pula copy paste skrip perempuan berlagak lelaki lepas tu tambah plot ala ala gay sikit macam cerita you're beautiful, hanazakarino dan coffee prince

      Delete
  3. Saya nk beritahu sikit.Tak semua drama Korea mcm tu.Cubalah tgk drama Nice Guy ke, Flower Boy Next Door ke, dan mcm2 lg.Kite jgn tgk berdasarkan ape yg kite tgk.Kena tgk yg juga.Tak salah meluat dgn drama Korea, tp jgn sampai kutuk mcm tu.
    (Nk tmbh sikit.Drama Rooftop Prince, To The Beautiful You, Sungkyunkwan Scandal best lar.Ramai org suke kot.Tp....drama lain pon best.Cuma ade kekurangan sikit.)

    Maaf kalau terkasar bahasa....

    ReplyDelete
  4. dah namanya berlakon -,-
    rooftop price punyalah best -,-
    mama aku pun layan -,-

    ReplyDelete
  5. x payahlah tengok kalau menyampah -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik penulis saya setuju dgn anda..byk drama korea yg mempunyai persamaan jln cerita dan skrip cuma diubah ubah skit skit

      Delete
  6. Klau dah bosan dgn drama love triangle gini try jelah tgk genre thriller/horror/supernatural/action gitu. Sye mmg Tak layan apa2 drama yg genre romance so drama Korea slalunye tgk yg ada henre seram je. Klau stakat ada romance+comedy sikit tu Sye Tak kisah Sgt. Skarang ada citer the village kat SBS so try tgk citer tu xD also, Klau Tak pernah tgk lagilah, try tgk master sun. Dia bgi Sye mmg lain DRI drama romance biase. Dgn campur2 scene seram sekali tu yg best hahaha~ Tak taulah aok dah tgk Kot semua ni sbb Sye pon bukan jenis layan Sgt drama Korea. Yg mmg menarik perhatian tu je Sye tgk lol.

    ReplyDelete
  7. Klau dah bosan dgn drama love triangle gini try jelah tgk genre thriller/horror/supernatural/action gitu. Sye mmg Tak layan apa2 drama yg genre romance so drama Korea slalunye tgk yg ada henre seram je. Klau stakat ada romance+comedy sikit tu Sye Tak kisah Sgt. Skarang ada citer the village kat SBS so try tgk citer tu xD also, Klau Tak pernah tgk lagilah, try tgk master sun. Dia bgi Sye mmg lain DRI drama romance biase. Dgn campur2 scene seram sekali tu yg best hahaha~ Tak taulah aok dah tgk Kot semua ni sbb Sye pon bukan jenis layan Sgt drama Korea. Yg mmg menarik perhatian tu je Sye tgk lol.

    ReplyDelete
  8. apa kata tgk drama pinochio,descendent of the sun, best oo citer tue, apa kata encik blogger komen drama2 korea yang baru,hehehe.

    ReplyDelete
  9. dekah aku baca kritikan kau😂

    ReplyDelete
  10. Ckp jelah klu minta perhatian🤣🤣haha bodoh la kau ni. U know what? Smua drama korea hebat2 la bruh! Smua tajuk yg kau tulis tu kan smua drama ringan. Kau pikir kau dpt bepikir mcm dorg ka. Vuba try tingu goblin, Descendants og the sun, blood, flower of evil... Dan bnyk lg hm. Dan yg pling sy suka, there's many inspiration. Bkn la nak mengata negara sndri, tpi kli d kira mmg teruk jga acting dan crtanya🤣trutama indonesia, hampir sama dgn malaysia. Selingkuh, curang apa la smua, ada drama medical? Militer? Mcm drama korea? Aishhh jinjja!!!! Baboya?!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates