Sunday, 2 September 2012

8 Perkara Menyakitkan Hati Waktu Kenduri Kahwin




Beberapa bulan lagi musim kenduri kahwin akan bermula. Dari pagi ke petang, akan bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain meraikan terbinanya masjid indah dua pasangan. Namun begitu, dalam meraikan kemeriahan ni, ada beberapa perkara yang aku sakit hati sangat sangat ketika di majlis pernikahan. 




I) Pergi kenduri nak makan aja tapi menolong tak nak. 
Bila sampai aja kat kenduri, terus pergi ke khemah kenduri mencari nasi. Bila dah kenyang mentedarah cepat cepat dia angkat kaki nak berambus. Tak ada pun terfikir nak tolong basuh pinggan ke, buat air ke atau lapik tipu. Salam pun tidak dengan tuan rumah. Aku pun kadang kadang buat macam ni jadi tak boleh nak kata apa la kan. :$ 






II) Selipar main sarung aja. 
Sesedap hati mak bapak dia aja sarung selipar aku macam tu atuk dia yang beli! Aku tau la yang dekat pintu rumah tu penuh dengan selipar tetamu kenduri jadi kadang kadang selipar kita tak nampak, tapi tu tak bagi kau lesen untuk pakai selipar orang lain tanpa kebenaran. Sepatutnya bila kau dah tahu banyak selipar dekat situ, otak tu patut kreatif sikit berfikir dekat tempat tersorok mana nak letak selipar supaya senang nak pakai ketika sibuk berkenduri. Ini tidak, selipar kita pula yang ditibainya. Kalau selipar tu memang dijamin 100% akan berada kat situ balik selepas digunakan lain cerita tapi masalahnya orang melayu ni bila dah sedap dikaki, sampai ke rumah selipar orang dibawanya. Yang aku lagi mendidih tu bila selipar yang aku beli tu mahal dan lawa! Sesaja dia buat dajal. 



III) Lauk rasa manis 
Ni yang paling aku pantang! Tekak aku ni tekak versi Negeri Sembilan bukannya tekak versi Kelantan jadi apa pasal kau pergi menggatal letak gula dalam lauk. Kalau kenduri yang kau buat tu diluar Negeri Sembilan, aku boleh faham sebab orang luar tak berapa suka makan benda pedas tapi masalahnya kau tu duduk dekat Rembau! Aku perasan kes lauk manis selalunya pada lauk ayam sambal. Macam makan kek coklat manisnya. Geli tekak aku makan. Dia dah tahu orang Negeri suka benda pedas jadi apa susahnya dia buat apa yang kita suka? Kalau ada yang membantah sebab dia tak makan pedas, suruh aja dia makan lauk lain. Sepatutnya ikut citarasa majoriti bukannya minoriti. Tak makan lauk pedas konon. :-S 



IV) Hantaran kahwin mahal sangat 
Aku tau la ada sesetengah lelaki mampu bayar hantaran kahwin mahal mahal tapi sumpah aku tak faham apa function semua tu? Kalau aku jadi perempuan la kan, aku minta seribu dua aja. Buat apa mahal mahal - kahwinkan anak atau jual anak? Lepas tu, ada pula adat bayar tol bagai. Saja bernawaitu mempapakedanakan si lelaki supaya si emak bapa perempuan boleh bermegah megah dengan jiran yang menantu lelaki dorang kaya. Dulang hantaran pula ditetapkannya sampai 10 macam. Kalau anak perempuan dia tu cantik, bijak, baik bagai berbaloi la tapi masalahnya anak dia tu muka macam ayam kena lenyek tengah jalan, ambil SPM pun tak lepas dan perangai mengalahkan syaitan. Minta maaflah kalau aku terlalu berterus terang tapi bila cakap cara lembut bukannya mak bapak perempuan tu nak sedar.







V) Mak cik mengumpat. 
Masa potong daging, potong bawang ni lah mak cik mak cik tak sedar diri mengumpat pasal hal keluarga pengantin dan pengantin itu sendiri. Gembira betul dorang mengumpat terutama sekali memandangkan geng mengumpat masa kenduri macam ni. Ada tu mengata pasal kononnya si pengantin perempuan tu dah hilang dara la, si lelaki tak mampu nak sediakan pelamin la, khemah sikit la itu la ini la. Masalahnya, mak cik mak cik macam ni la yang anak dia rosak. Hal yang tak sepatutnya dia masuk campur, dia pergi menyibuk. Salah ke kalau pelamin tak ada dalam majlis pernikahan? Siapa beritahu dia dengan yakin dan pasti pengantin perempuan dah hilang dara? 





VI) Menyuruh orang lain buat kerja tapi anak sendiri tak disuruh 
Yang ni aku pernah kena banyak kali jadi memang sakit hati la. Pak cik pak cik aku memang handal suruh anak buah dia jaga api, potong itu, potong ini bagai tapi anak dia yang bontot makin melebar dibiarkan bersolek berjam jam sedangkan aku dan adik beradik aku berpeluh peluh buat kerja. Dia ingat aku ni kuli batak dia agaknya? :@ 




VII) Lauk satu jenis aja. 
Ni paling aku tak faham. Pernah sekali aku pergi kenduri dan lepas beberapa lama aku sedar yang lauknya sebenarnya sama aja. Daging lembu tu dipelbagaikan cara masakannya jadi disitu ada la gulai lembu, sup tulang lembu, rendang lembu dan sebagainya bertemakan lembu! Ada tiga kemungkinan tentang tuan majlis ni. Pertama, dia peminat setia lembu. Kedua, dia memang tak sedar ada binatang lain selain lembu dalam dunia ni. Atau ketiga, dia saja nak troll tetamu majlis dia. 



VIII) Menolong tak nak tapi bawa balik lauk no1. 
Dia datang betul betul pukul 12 masa orang tengah makan kenduri lepas tu minta bungkus lauk. Tuan rumah tu ajak datang untuk makan bukannya untuk korang minta bawa balik lauk. Kecuali la kalau tuan rumah tu yang bagi. Dah la menolong kenduri tak nak. Menyampah betul aku dengan orang jobo macam ni! 

Hasil penulisan, 
Fazrin Jamal.

17 comments:

  1. gilerlah. inilah post maut .hahahahah

    ReplyDelete
  2. PUTERI SADONG BERKATA:

    WAHAI FAZRIN,SATU LAGI, TETAMU MENYIBUK SAMPAI KE BILIK PENGANTIN HINGGA MINYAK WANGI TETAMU MELEKAT MENGALAHKAN MINYAK WANGI PENGANTIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taw tu. Kadang kadang mak andam tu susah wat keje pasal dia menyibuk kat dalam bilik pengantin. Kat dapur tak nak menolong. Makan no 1.

      Delete
  3. satu lg.... ada jenis org yg suka memerintah suh buat itu, buat ini... tp dia duduk saja riba tangan.. pastu komen macam2 pasal majlis org... macam bagus sgt!

    ReplyDelete
  4. eh betullah, kalau kita perhatikan memang ada kes kes yang diutarakan nih....pada saya inilah sikap sesetengah orang masa di majlis perkahwinan. Memang kita menyampah, tapi itulah manusia berbagai ragam, jadi kita kenalah banyak bersabar dan bersyukur kita tidak jadi seperti dia orang tu yang berperangai buruk. Anyway bagus citer nih.

    ReplyDelete
  5. I love yr blog.gelak habis baca.he he.memang betui apa u tulis.it happens all the time.

    ReplyDelete
  6. Wait2, aku orang negeri 9, x mkn makanan yg pedas sngat, aku cuma mampu mkn makanan pedas yg sama negeri lain (x pedas gila mcm orang n9), aku org sban huhu, bkan apa, klau aku mkn pedas gila, melelah segala (air mata, hinggus), mak aku klau hari raya selalu buat 2 jenis rendang, 1 pedas n 1 biasa (x pedas), bkan apa takut meleleh jer, x tahan der huhu even aku pernah gelak dgn orang melaka sbb melelah masa mkn makanan pedas dpn diorang huhu..

    ReplyDelete
  7. assalamulaikum..sbgi org ISLAM ada komen dr sy yg agak jahil tp berfikir dr segi logik (ilmu nabi ibrahim untuk mencari ALLAH)..
    ada beberapa perkara utk sy komen n nasihat n minta pandangan dr muslim yg lain..
    PERKARA :
    1. yg ni pd sy x betul..sbb kita bukan tuan rumah dan kita x berhak menilai tetamu org..biarkan sbb bukan urusan kita pun dan sememangnya haram dr hukum ISLAM datang dn mkn x dijemput majlis org kecuali org tu kenal (ada hubungan baik dgn keluarga pengantin) dtg berjumpa keluarga dn beritahu dia dtg x dijemput dan mengenangkan hubungan baik itu dia gagahi juga utk sampai..kalo keluarga kata ok than its ok what?
    - tetamu yg dijemput kita x tau siapa, cth peg peringkat tinggi di ofis sdgkn pengantin kerani (N17 vs JUSA C)..brader nk kena nolong ker keluarga big bossss ni, dia dtg dah satu penghargaan sgt tinggi pada seorang kerani..mau2 melompat pengantin g tarik kerusi utk big booss n family)..salam xyah pun xpe (ofis cerita bro, envelope tebal sgt nk bg dpn tetamu)..gua dah rasa bro..JUSA C n EARL OF..(merangkap Datuk + penerima anugerah merdeka 2014)..dtg lmbt 3 org n santai..berdebar2 tgk lauk sendiri bro..gua 17 je masa tu, skang alhamdulillah dah up bnyk)..panggil bini suruh bapa/mak n mentua bersiap utk berjumpa ngan diaorg bro..

    ReplyDelete
  8. sy tambah skit bro..katalah ada org sedang kesempitan n susah..cth mat despacth abis minyak tolak moto, sedang bekerja..bank jauh, nk cucuk, sekeluarga susah duit langsung xde, org sedang merempat..semuanya muslim @ non muslim sedang dahaga n kelaparan. halal bg dia sebagai makhluk ALLAH mkn sbb kenduri sedang membazir mknan sedangkan jiran sebelah kelaparan..maka haram pula jatuh pada kenduri utk mmpertikai makhluk ALLAH sedang kebuluran..

    ReplyDelete
  9. tambah skit lg..majlis gua satu envelope pun mak bapak haramkan tgn mereka sambut sbb kenduri doa selamat yg agak besar..sy n isteri je boleh ambil envelope..blah cpt lg bagus sbb cpt habis basuh (KUALI + KAWAH + PERIUK) kaler hitam milik kami utk sental bro...
    kami brdebar2 bro menunggu yg last dan kami di curah air basuhan ketika menyental adat kami bro..utk rapatkan hub keluarga..sambil semua menunggu rekod keluarga kami pecah ke x bro..sempoi

    ReplyDelete
  10. 3. yg ni sbgai manusia yg bkn binatang kena ikut kandang org..lu g N9 sdgkn lu Kelate..goyang rs pedas usah la g, senang..adat negeri org, lu sapa nk pertikai..bukan lu sponsor majlis tu..kalo lu sultan kelantan ok kut, kalo stakat N22..nasihat gua shut ur mouth up folks..

    ReplyDelete
  11. 4. pun sama ngan no 3..shut up eat n go

    ReplyDelete
  12. 7. shut up eat n go...lu apa tau kalo 2 ekor lembu tumbang? perlu membazir lg ke bro...kesemua lu sponsor dlm daerah lu, gua minta maaf bnyak..kalo x shut up eat n go

    ReplyDelete
  13. 8. ini pun sama shut up eat n go, bkn hak lu menilai lauk majlis org..x pernah pun terjadi kt kg gua, ada ke?? kg org umah pun x pernah terjadi..pd gua lg cpt lg bgus sbb lu nk buat apa lauk spare kat umah lg..lu sayang ke nk bg org sbb catering mahal?? lu tau ke sapa yg berani dtg awal mintak lauk n blah tu?? gua laki bini menggelupur cr lauk lain n bungkus sbb pinggan yg sedang dimakan oleh Datuk Merdeka tu terbang kena baju dia n dia stop mkn makanan yg dikatanya sgt sedap..

    ReplyDelete
  14. tambah skit..simpan n membazir la luk bro, xkn 3 hari lauk sama..gua ramai2 kuar mlm bila semua selesai bro..kena teh tarik n rotcai..

    ReplyDelete
  15. semua momen indah 13 tahun dulu..kami berasingan skang dgn 4 rezeki (2 pair, semuanya ikhlas utk bekas isteri), sulung 12, 8, 7 n 5..

    kalo x percaya..oktober ni "the 50th international conference of FSC Ulu Gombak"..kurang lebih bro, gua cuti lama skang..x mau tau bro, sedih lg bro, baru tahun ni..di IPTA TERULUNG MALAYSIA LEMBAH PANTAI..

    ikhlas dr manusia yg gagal n selalu mengharap yg grand..

    ALHAMDULILLAH akhirnya sy sedar ALLAH MAHA ADIL atas segala..

    ampun n maaf semua, harap komen..

    MUSLIM n MELAYU..bye

    assalamualaikum..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget