Sunday, 28 July 2013

Bersih 3.0 : Bagaikan Polis Israel dan Rakyat Palestin



Artikel ini pertama kali ditulis pada 30 April MMXII dan telah disiarkan dalam blog politik popular Amenoworld  dan dikumpulkan dalam buku Melirik Langit Kota : Sketsa Travelog Bersih 3.0.

Bersih 3.0 menjadi titik hitam dalam sejarah demokrasi negara. Kebebasan bersuara ditekan. Kebebasan berhimpun dimusnah. Rakyat dipukul, diseksa dan ditangkap. Kerana apa? Kerana mereka mahukan pilihanraya yg adil dan bersih. Rakyat bagaikan masyarakat Palestin yg lama ditindas. Polis bagaikan penguasa Israel yg mengganas.

Jika dahulu kita sakit melihat tanah rakyat Palestin dirampas sewenang-wenangnya oleh penjajah Israel. Kini kita disakitkan dengan hakikat Dataran Merdeka dirampas daripada rakyat. Dataran Merdeka kekal milik rakyat. Dalam konteks yg lebih luas, setiap inci ruang alam semesta ini adalah milik Allah. Rakyat berhak berhimpun di dataran itu. Dataran Merdeka bukan milik DBKL, tidak PDRM, jauh sekali kerajaan. DBKL hanya diberi amanah untuk mengurus tadbir Dataran itu. Tidak lebih daripada itu. Analogi yg mudah, adakah apabila anda menyimpan duit didalam bank, duit itu berpindah hak kepada pegawai bank? Tidak bukan? Itulah juga perihal yg ingin disampaikan disini.



Jika dahulu penguasa Israel seringkali dilihat mencabuli hak asasi manusia rakyat Palestin yg termaktub dalam undang-undang antarabangsa bagi pelarian dan tahanan perang. Kini kita menyaksikan bagaimana polis Malaysia mencabuli hak sivil rakyat Malaysia yg terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Universal Declaration of Human Rights. Menurut Perkara 10 (1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 19 dan 20 (1) Universal Declaration of Human Rights, semua orang berhak bersuara bagi menyatakan pandangan serta berhimpun secara rasmi tanpa sebarang senjata. Kami bangkit untuk menuntut pilihanraya yang adil. Adakah itu salah? Kami bukannya seperti Father Terry Jones yg berselindung disebalik the First Amendment of the US Constitution yg memberikan hak kepadanya membakar al-quran. Niat dan hasrat kami baik. Mengapa hak kami ditindas seperti di bumi Palestin?


Jika dahulu penguasa Israel menyerang menggunakan kereta kebal dan peluru hidup ke arah rakyat Palestin yg bersenjatakan batu, kini polis malaysia menyerang rakyat dengan air kimia dan bom asap. Tahukah betapa sengsaranya kami? Mata tidak melihat. Tangan berasa dibakar. Hingus meleleh dari hidung yg lemah. Rakyat mencungap kesakitan. Tahukah anda wahai penguasa yg kejam bahawa kami bertolak sesama sendiri dari kezaliman yg melampau? Tahukah anda, pak cik, makcik seusia 65 tahun berada disitu? Tahukah anda anak kecil dan bayi berada disitu? Tahukah anda yg penulis sendiri percaya tidak akan lagi bertemu esok? Kematian, itulah yg kami fikirkan! Mengapa tear gas canister itu ditembak tepat ke arah rakyat bukannya ke udara? Tahukah anda bahawa kelajuan tear gas canister yg ditembak itu boleh menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda? Selain itu, mengapa pistol berisi peluru hidup dibawa sekali ke Dataran Merdeka? Adakah Dataran Merdeka itu Tel Aviv? Mengapa pihak polis begitu bereya-eya mengatakan polis begitu teruk dibelasah sedangkan kami hanya bersenjatakan batu dan botol mineral. Bukankah hanya 20 anggota polis yg tercedera? Peserta Bersih yg dilanyak 3 kali ganda lebih banyak daripada polis yg terluka. Sekitar 60 orang. Mereka diserang kayu cota, tear gas canister, air kimia, tumbukan dan tendangan polis.



Tahukan juga anda wahai polis bahawa penguasa israel itu lebih baik daripada anda? Mereka tidak menyerang rakyat sendiri. Mereka menyerang rakyat Palestin sahaja. Sedangkan polis Malaysia ini menyerang rakyat sendiri. Yg lebih menyayat hati kebanyakan anggota polis itu beragama islam tetapi sanggup menyakitkan saudara seagamanya. Begitu besarkah gaji yg dibayar kepada anda untuk menyakitkan kami? Jika rakyat israel dibolehkan membina khemah dan dijaga keselamatan mereka untuk menyatakan bantahan kenapa kami tidak dibenarkan untuk duduk selama 2 jam? Mengapa kami ditangkap? Adakah kami pembunuh Altantuya?

Selepas kami lari berpecah jauh daripada Dataran Merdeka, polis masih melemparkan gas beracun ke arah kami dan sentiasa mengejar? Bukankah perintah mahkamah hanya menyatakan hanya Dataran Merdeka tidak dibenarkan untuk perhimpunan? Adakah kawasan Mydin, Masjid Jamek dan Sogo itu termasuk dalam Dataran Merdeka? Mengapa polis masih mengganas walaupun kami sudahpun 700 meter dari Dataran Merdeka? Apakah yg cuba disampaikan? Siapa yg melanggar undang undang pada masa ini? Tidak takutkah kamu akan dosa? Perbuatan ini mirip tindakan polis Israel yg sentiasa mengejar, menyerang dan memukul rakyat Palestin walaupun mereka telah jauh pergi daripada kawasan konflik. Adakah pihak polis diberi tauliah dan didikan daripada israel?



Jika dahulu kita sering dikejutkan dengan tindakan polis israel menyerang wartawan yg merakam keganasan keganasan yg dilakukan terhadap rakyat Palestin. Kini, perkara sama juga berlaku terhadap wartawan wartawan di Malaysia. Arif Kartono, seorang fotografer yg bekerja dengan the Malay Mail diserang oleh 6 orang anggota polis dan kameranya dipecahkan. Koh Jun Lin dan Harry Fawcett, masing masing wartawan daripada MalaysiaKini dan AlJazeera telah kehilangan memori kad dan koleksi video yg mendokumenkan keganasan polis yg dilakukan. Apa yg ingin disembunyikan? Pampasan wang tunai tidak cukup untuk menggantikan apa yg terjadi terhadap wartawan wartawan ini. Menurut CIJ, 9 orang wartawan telah menjadi mangsa perbuatan kasar polis. Tetapi tidak mengapalah, video amatur ratusan ribu telah ditangkap dan banyak telah dinaikturun ke Youtube. Keadilan sentiasa ada.

Kerajaan Israel sentiasa melakukan penipuan bagi menunjukkan bahawa kononnya mereka telah menang. Penipuan itu diwujudkan dalam bentuk buku, berita, dokumentari dan sebagainya. Begitu jugalah halnya dengan kerajaan Malaysia amnya dan PDRM khasnya. Menurut PDRM, jumlah peserta yg hadir untuk Bersih 3.0 ini hanyalah sekitar 25000 hingga 50000 orang. Sedangkan anggaran daripada penganjur Bersih sekitar jauh lebih tinggi daripada itu iaitu sekitar 250000 hingga 300000 orang. Manakala menurut badan badan bebas pula, jumlah yg hadir sekitar 80000 hingga 100000. Jumlah yg dianggarkan penganjur Bersih ini bukanlah sesuatu yg mustahil untuk dicapai kerana Bersih bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur tetapi juga di 85 buah bandar di 35 buah negara sekaligus memecah rekod dunia dalam penganjuran perhimpunan. Persoalan yg muncul sekarang ini, mengapa anggapan pihak polis itu jauh terpesong daripada bukti, saksi dan dokumentasi fakta? Tidak tahukah mereka mengira dan menganggar? Atau adakah mereka takut menyatakan pada rakyat bahawa begitu banyak rakyat menyampah dengan kerajaan yg kotor ini?



Ya Allah, aku berdoa padaMu agar Kau berikanlah keadilan kepada hambaMu yg disakiti, Kau berikanlah kami peluang untuk memilih pemimpin dalam satu sistem pilihanraya yg adil lagi bersih.

Penulisan asli peserta Bersih 3.0 ,

20 Common Misconceptions



I hate people who keep on saying stupid, unproven things. So, today I would like to clear some misconceptions widely believe by most of us.

Misconception #1 You must wait 30 minutes after eating before swimming.
Fact:No one has ever drowned because they went swimming with a full tummy. Well,you'll only feel comfortable not drown you!

Misconception #2 Brain cells can't regenerate
Fact:In 1998,scientists at the Sweden and the Salk Institute in La Jolla, California discovered that brain cells in mature humans can regenerate.

Misconception #3 A penny dropped from a very high building can kill a pedestrian below.
Fact:The aerodynamics of a penny are not sufficient to make it dangerous.

Misconception #4 Lightning never strikes the same place twice.
Fact:Lightning obviously favors certain areas such as high trees or buildings- the tallest object is likely to be struck multiple times until the lightning moves sufficiently far away.The Empire State Building gets struck 25 times a year.

Misconception #5 Sex during the final stage of pregnancy will harm the baby.
Fact:It is completely safe for the baby and actually can promote a healthier, speedier labor and delivery.

Misconception #6 Men think about sex once every 7 seconds
Fact:According to Kinsey Institute:
(i)54% of men think about sex once per day.
(ii)43% of men designate just a few fantasies over the course of one week.

Misconception #7 It is dangerous to use a cellphone at a gas station
Fact:There's not even a single case a cellphone causing an explosion at a gas station and no one has been able to prove that it is even possible in scientific testing.

Misconception #8 Two condoms would be better to prevent pregnancy
Fact:In reality, two condoms increases the friction between the condoms that lead to a rupture.

Misconception #9 Eating at night makes you fat!
Fact:It doesn't matter what time of day you eat,as long as you eat only the total calories that you burn each day,you will not gain weight.

Misconception #10 It is harder to lose weight than to gain weight.
Fact:
*if you eat 3500 calories more than you burn,you will gain 0.14kg
*if you burn 3500 calories more than you eat,you will lose 0.45kg

Misconception #11 Pandas eat only bamboo.
Fact: Pandas are omnivores-they'll eat anything they can catch e.g small animals & carrion.

Misconception #12 The North Pole is north and the South Pole is south.
Fact:780000 years ago,the magnetic poles of the earth were reversed (geomagnetic reversal) so,in terms of physics, North Pole is south magnetic pole while the South Pole is north magnetic pole.

Misconception #13 Catholic priests can't be married
Fact:In the Eastern Catholic Church,priests are allowed to be married-but a married priests can't become a bishop.

Misconception #14 Alexander Graham Bell invented the telephone.
Fact:The first functioning telephone was actually invented 15 years earlier by Philipp Reis-it able to transmit musical tones quite clearly;human voices faintly.

Misconception #15 Popes and the Catholic church selling an Indulgences
Fact:In the Middle Ages,forgers who were working for disobedient Bishops would write fake indulgences offering the forgiveness of sins (removal of eternal punishments) in exchange for money which was often used for church building.Popes had been trying for at least 3 centuries before the selling finally end.

Misconception #16 Earthworm becomes 2 worms when cut in half.
Fact: Only the front half of the worm (where the mouth is located) can survive.

Misconception #17 The number of people alive today is greater than the number of people who have ever died.
Fact:Most demographers peg the number of dead at approximately 60 billion.

Misconception #18 You can't keep your eyes open when you sneeze.
Fact: Some rare folks are capable of it.

Misconception #19 Jesus Christ was born on Dec 25.
Fact: Dec 25 was the winter solstice according to the old Julian calendar and it was on that day that Mithraism,a chief rival to Christianity, celebrated the birth of the ''god'', Mithra.

Misconception #20 300 Spartans defended Greece from Persia at Thermopylae
Fact:There were 300 Spartans who lay down their lives to give the rest of the Greeks a chance but there were a total of about 4000 fighting under Leonidas including willing Thesbians and unwilling Theban allies.

Source : various articles published in listverse.com, snopes.com, wikipedia.org, toptenz.net and many other websites

Asal-usul April Fool: Pembunuhan Beramai-ramai Umat Islam Sepanyol oleh Tentera Kristian?


Terdapat satu teori tentang asal usul April Fool. Kononnya ia berasal dari tragedi hitam yang berlaku ke atas umat Islam Sepanyol (dikenali sebagai Moor) setelah tentera Kristian berjaya mendapatkan kekuasaan mereka kembali di Sepanyol daripada pemerintah Islam. Berdasarkan khabar angin itu,telah berlaku peperangan antara tentera Islam dengan tentera Katolik.

\
Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berasal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya melihat sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.Sejak dikuasai Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad , Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan perluasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah telah ditakluki. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan ‘toleransi’ kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat kawasan pegunungan.
Islam telah menerangi Spanyol. Karana sikap para pemerentah Islam begitu baik dan rendah hati, maka ramai orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, bear, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal putus asa terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dihantar sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka menghantar alkohol dan rokok secara terus menerus ke dalam wilayah Spanyol. Muzik diperdengarkan untuk memikat kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding baca Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulamak palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Spanyol jatuh da dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan.
Tidak hanya pasukan Islam yang disembelih, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dilibas dengan pedang.
Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyaksikan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentara Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. .
Dengan lantang tentara Salib itu mengumumkan pengampunan, bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kamu keluar dari Spanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kamu jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentara Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya.
Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah itinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya boleh melihat ketika tentara Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa karana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera menyerang dan melibas umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).


Namun ini hanyalah teori semata - mata dan tidak patut dipercayai bulat-bulat kerana terdapat juga beberapa teori lain.

Teori I : Ketika dunia barat masih menggunakan kalendar Julian,tahun bermula pada 25 Mac. Festival meraikan Tahun Baru bagaimanapun disambut pada 1 April memandangkan 25 Mac jatuh pada Minggu Suci(mengikut kepercayaan Kristian). Setelah kalendar Gregorian mula diguna pakai pada abad ke-16,Tahun Baru berpindah kepada 1 Januari. Berdasarkan teori yang paling banyak dipercayai berkaitan asal-usul April Fool, sesiapa yang berjaya ditipu untuk untuk mempercayai 1 April masih lagi merupakan tarikh yang sesuai untuk menyambut Tahun Baru mendapat nama timangan ''Orang Bodoh April''.

Teori II : Ianya berkaitan dengan kedatangan musim bunga apabila alam semulajadi ''menipu'' manusia dengan cuaca yang berubah-ubah, berdasarkan Ensiklopedia Agama dan Ensiklopedia Britannica.

Teori III : The Country Diary of Garden Lore menyatakan Hari April Fool disambut untuk memperingati misi tidak membuahkan hasil apabila burung Rook(gagak Eropah) dihantar untuk mencari tanah kawasan berlakunya banjir besar zaman Nabi Nuh a.s.

Teori IV : Ada yang mengaitkannya dengan Ekuinoks Musim Bunga.

Teori V : Terdapat juga menyatakan sambutannya berkait rapat dengan sambutan akhir musim sejuk Romans,Hilaria dan juga festival akhir Tahun Baru Celtic.

Teori VI : Di Iran, jenaka dimainkan pada hari ke-13 tahun baru Farsi (Nowruz) yang jatuh pada 1 atau 2 April setiap tahun. Hari ini disambut semenjak 536 Sebelum Masihi.


Pada pandangan peribadi penulis, April Fool tidak mempunyai kaitan langsung dengan pembunuhan masyarakat Islam di Sepanyol. Tiada bukti kukuh mahupun rekod bertulis yang mampu membuktikan bahawa April Fools Day itu berkait dengan pembunuhan orang islam sepanyol. Mungkin teori ini disebarkan dalam kotak pemikiran sesetengah umat islam untuk menaikkan rasa benci terhadap orang Kristian. Golongan pencucuk ini tidak senang melihat umat islam dan kristian rapat bagaikan adik beradik dan memandangkan mereka tahu umat islam ini amat mudah dipergunakan melalui faktor agama dan cepat oversensitive bila umat islam yang lain dikatakan menjadi mangsa penganut agama lain maka pihak pencucuk ini mengambil kesempatan menanam kebencian. Oleh itu, penulis mengharapkan para ustaz dan ustazah serta umat islam yang rajin benar menyebarkan perkara yang belum tentu kesahihannya ini untuk memperbetulkan penyebaran fitnah ini.

Ingatlah, berdosa besar memfitnah seseorang tidak kiralah dia muslim atau bukan islam.


Sumber Rujukan :
1)Encyclopedia of Religion. 
2)Britannica Encyclopedia. 
3)Asal usul April Fool, Kami Generasi MMCY. 

4)April Fools' Day Origins, snopes.com
5)The Country Diary of Garden Lore


Fazrin Jamal

Thursday, 25 July 2013

5 Salah Faham Rakyat Malaysia

Salah faham berlaku apabila fakta mengenai sesuatu perkara, kejadian atau idea tidak difahami sepenuhnya oleh seseorang atau masyarakat. Kami, di Cakar Ayam telah menjelaskan banyak salah faham seperti isu kalimah Allahfitnah terhadap syiah dan salah faham masyarakat kristian mengenai Jesus. Pada hari ini penulis berasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa salah faham yang banyak dipercayai rakyat malaysia.

1. Teori Darwin

Charles Darwin adalah naturalis berbangsa Inggeris yang memperkembangkan teori evolusi yang menyatakan bahawa setiap spesies tumbuhan dan haiwan dimuka bumi ini wujud melalui proses evolusi yang memakan masa berjuta juta tahun. Umat islam dan kristian di Malaysia kebanyakannya menolak teori ini kerana bagi mereka adalah tidak logik manusia berasal daripada beruk. Tetapi persoalannya, adakah Darwin benar benar menteorikan bahawa manusia berevolusi daripada beruk? Jika kita baca buku On the Origin of Species by Means of Natural Selection yang dikarang pada November 1859 serta buku buku Darwin yang lain, apa yang tertulis disitu adalah manusia dan chimpanzee berkongsi nenek moyang yang sama iaitu Australopithecus. Proses evolusi manusia menurut Darwin diterangkan melalui rajah dibawah :

Australopithecus → Homo Habilis → Homo Erectus → Homo Sapiens 

Tidak ada satu baris ayat pun didalam buku Darwin yang menteorikan manusia berasal daripada beruk, chimpanzee mahupun monyet. (Penulis tak kisah pun sebenarnya kalau anda semua tersalah mengenai perkara ini tapi sekurang kurangnya tolonglah jangan menyebarkan salah faham itu di ruangan komen page facebook yang turut dilawati pengguna daripada negara negara seperti Amerika, Norway, Denmark, Singapura dan sebagainya. Buku buku yang mereka baca setahun lebih banyak daripada kita rakyat Malaysia. Mereka boleh kesan kesalahan kita itu. Janganlah sesekali membuatkan creationist (golongan yang percaya Tuhan mencipta manusia lengkap sempurna daripada tanah) kelihatan bodoh dimata orang lain.)

2. Islam atau Sekular


Jika kita ikuti perbincangan politik antara penyokong umno dan penyokong pas, kita akan dapati bahawa salah satu isu yang diperdebatkan adalah sama ada Malaysia sebuah negara islam atau sekular. Sesetengah penyokong umno memetik kata kata bekas perdana menteri Tun Mahathir Muhamad pada September 2001 sebagai asas penghujahan mereka, ''Umno wishes to state clearly that Malaysia is an Islamic nation. This is based on the opinion of ulamaks who had clarified what constituted as Islamic country...''. Mereka juga memetik Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam adalah agama bagi Persekutuan. Bagi penulis, hujah hujah mereka ini adalah tidak relevan untuk membuktikan Malaysia sebuah negara islam. Selaku seorang pelajar undang undang, penulis diajar dalam kuliah Malaysian Legal System (MLS) bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Didalam buku teks MLS pula dipetik ucapan Tunku Abdul Rahman pada Februari 1983 yang menyebut, ''The country has multi-racial population with various beliefs. Malaysia must continue as a secular state with Islam as the official religion.'' Kenyataan ini disokong oleh Tun Hussein, ''The nation can still be functional as a secular state with islam as the official religion.'' Walaupun Perkara 3 menyatakan Islam adalah agama bagi Persekutuan namun tidak dinyatakan secara jelas dalam mana mana perkara Perlembagaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Selain itu, jika benar Malaysia adalah sebuah negara islam mengapa undang undang Syariah tidak dilaksanakan secara sepenuhnya? Mengapa pesalah zina hanya didenda tidak melebihi RM5000, dipenjara tidak melebihi 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 kali sedangkan dinegara negara islam seperti Arab Saudi dan Iran, pesalah zina yang telah berkahwin direjam manakala yang belum berkahwin disebat 100 kali.

3. Menuju ke Bulan


Sama ada percaya atau tidak ada sesetengah rakyat Malaysia yang percaya Doktor Syeikh Muszaphar Syukor menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007 menuju ke bulan. Buat pengetahuan rakyat Malaysia yang percaya sedemikian, ingin penulis betulkan bahawa sebenarnya Dr. Syeikh Muszaphar Syukor pergi ke International Space Station (ISS) yang terletak kira kira 354 kilometer dari Bumi dengan kos RM105 juta (US$26 juta) seorang. Jika benar kerajaan Malaysia ingin menghantar angkasawan negara ke bulan maka kerajaan perlu membelanjakan sekitar US$100 juta hingga US$1.5 bilion (bergantung kepada sumber yang anda dapati dan juga sama ada program itu dilaksanakan sepenuhnya kerajaan Malaysia atau mendapat kerjasama Rusia atau Amerika). Salah satu faktor penyebab kepada kos yang tinggi ini adalah jarak bulan dari Bumi yang sangat jauh iaitu 384400 kilometer. Pada pandangan peribadi penulis, tidak mungkin kerajaan sanggup membazir ratusan juta ringgit menghantar angkasawan ke bulan sedangkan ramai lagi rakyat malaysia yang tidak cukup makan.

4. Hudud - Bunuh dan Rogol


Sesetengah rakan penulis menentang idea pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dan sering mengkritik hukum hudud sebagai kejam dan tidak bertamadun. Walaupun penulis berasa terguris tetapi penulis sedar akan hakikat bahawa semua orang mempunyai cara fikir yang berbeza dan mereka mempunyai hak untuk bersuara. Namun apabila sesetengah daripada mereka mempunyai pengetahuan salah bahawa jenayah bunuh termasuk dalam hudud dan mengatakan ''an eye for an eye leave the whole world blind'' sebagai salah satu hujah menentang hudud penulis berasa terpanggil untuk membetulkan tanggapan ini. Untuk pengetahuan semua, hanya terdapat enam jenayah yang termasuk dalam Hudud iaitu mencuri, berzina, irabah, qazaf, minum arak dan murtad. Jenayah bunuh pula termasuk dalam Qisas. Selain itu, sesetengah kawan penulis turut bertanya tentang jenayah rogol dalam Syariah - adakah rogol sebahagian daripada zina dan termasuk dalam hudud, perlukah 4 orang saksi lelaki dalam kes rogol, adakah kesaksian orang bukan islam boleh digunapakai dan pelbagai lagi. Dalam isu rogol ini terdapat dua pendapat mengenainya. Menurut mazhab Hanafi (menggunakan kaedah dalalah an-nas) rogol dibandingkan dengan zina dengan sama sama mengandungi maksud melakukan persetubuhan haram. Namun dalam mazhab Shafie, rogol tidak disamakan dengan zina kerana zina dilakukan suka sama suka dan tidak wujud istilah mangsa sedangkan jenayah rogol dilakukan secara paksaan dan wujud mangsa yang tidak berdosa. Jenayah rogol jatuh dalam bidang kuasa takzir menurut mazhab Shafie. Dan memandangkan di Malaysia mazhab islam yang diamalkan adalah Shafie maka jika hudud dilaksana besar kemungkinan rogol dimasukkan dalam takzir. Ini antara lainnya bermaksud prosedur empat orang saksi lelaki yang adil tidak digunakan dan kenyataan saksi bukan islam boleh digunapakai dalam mahkamah.

5. Heart

Penulis tidak faham mengapa tapi ramai rakan rakan penulis yang apabila ditanya apakah maksud my heart menjawab hati saya sedangkan terjemahan yang sebenarnya adalah jantung saya. Begitu juga apabila ditunjukkan bantal kecil berbentuk love mereka mengatakan ia melambangkan hati sedangkan ianya lebih menyerupai jantung. Perkataan inggeris bagi hati adalah liver. Dan sama ada percaya atau tidak konflik bahasa hati-jantung ini turut berlaku dalam menterjemahkan perkataan Arab ke dalam bahasa Melayu lantas sekaligus mempengaruhi terjemahan sebuah hadis yang sangat popular yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : ''Ketahuilah dalam badan manusia ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruhnya, dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah dikatakan hati.'' Terjemahan Arab-Inggeris bagi hadis itu pula berbunyi, ''In the body there is a piece of flesh which, if it is sound, all of the body is sound, and which, if it is diseased, all of the body is diseased. This part of the body is the heart.'' Jujurnya, penulis tidak mahu mengatakan terjemahan hadis berbahasa melayu itu salah kerana penulis sendiri bukannya pandai bijak agama tetapi penulis mengharapkan para ustaz, tok imam dan pendakwah sekalian sentiasa jelas dalam membicarakan maksud hadis ini kerana ia boleh mempengaruhi pemahaman pendengar.

Fazrin Jamal

[Sila rujuk 9 Perkara Wajib Tahu Sebelum Menulis Komen di Cakar Ayam sebelum memberikan pandangan anda]



Saturday, 13 July 2013

Jika Aku Seorang Ayah : 5 Cara Fazrin Membesarkan Anak-anak


Aku ada seorang anak buah berusia 3 tahun yang sangat comel bernama Muhammad Adam Daniel. Aku selalu menghabiskan masa bermain dan bergurau dengan anak buah aku tu. Tapi kadang kala kak laila aku melarang aku dan anak buah aku melakukan aktiviti bersama contohnya mandi hujan, berjalan atas tanah tanpa memakai selipar. Bagi aku tak ada masalahnya untuk anak buah aku buat benda benda macam tu asalkan ianya menyeronokkan. Kak laila aku pula berpendapat aktiviti macam tu akan menjejaskan kesihatan anak dia. Perbezaan pendapat ini membuatkan aku asyik berfikir sejak beberapa hari lepas sekiranya aku menjadi ayah satu hari kelak, cara hidup yang bagaimanakah akan aku berikan kepada anak aku? Adakah aku akan bersikap overprotective macam kak laila aku atau bersikap sempoi tetapi tegas dengan anak anak aku? Selepas beberapa lama berfikir aku akhirnya membuat beberapa keputusan.

Selepas anak aku dilahirkan, aku dan isteri aku akan bertutur dalam dua bahasa - Bahasa Melayu dan Inggeris dengan anak kami. Sesetengah orang mungkin beranggapan tindakan ini akan mengelirukan pemahaman anak kecil tentang nama sesuatu (gajah atau elephant) dan menyebabkan kanak - kanak lambat bercakap namun kerisauan - kerisauan ini tidak mempunyai asas saintifik [penjelasan daripada Center of Applied Linguistics]. Selepas anak - anak aku mencecah umur 7 tahun pula aku akan menghantar mereka ke pusat bahasa untuk belajar sebuah lagi bahasa antarabangsa penting yang lain. Disini aku akan memberikan mereka kebebasan membuat pilihan untuk memilih bahasa Sepanyol, Arab, Korea, Jepun, Jerman atau Perancis. Tetapi katakanlah anak pertama aku nanti telah memilih bahasa Perancis maka anak kedua, ketiga dan seterusnya tidak boleh memilih bahasa yang telah dipilih oleh beradik sulung dan yang lain. Sesungguhnya,aku amat gembira dengan hanya membayangkan lima hingga enam buah bahasa dituturkan dalam keluarga yang aku bakal bina suatu masa nanti. Dan sebagai bapa kepada mereka sudah pasti aku akan berasa berbangga apabila jiran, guru dan masyarakat sekeliling memandang tinggi anak anak aku. Tapi perasaan bangga bukan satu satunya sebab aku mahu anak aku belajar pelbagai bahasa. Ianya juga bertujuan agar anak aku lebih mudah diterima bekerja, mudah berkomunikasi dengan orang asing, dapat menuntut ilmu tanpa dibatasi ketidakfahaman bahasa asing dan sebagainya.




Aku tak nak jadi bapa yang terlalu overprotective seperti kakak aku. Oleh itu, aku akan membenarkan anak aku mandi hujan, bermain dengan bebas diatas tanah dan pelbagai pengalaman menarik yang ingin anak aku cuba. Mungkin ada yang mempersoalkan tindakan aku tapi pada pendapat aku hujan itu rahmat Allah dan kanak kanak menyukainya; jadi apa salahnya memberikan mereka sedikit keseronokan? Bergelumang tanah dan lumpur pula telah dibuktikan oleh kajian saintifik sebagai baik untuk kesihatan kanak kanak. 

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara dimana kepelbagaian itu secara umumnya tidak dihormati dan guru guru disekolah sering mengeji dan memandang hina golongan golongan minoriti yang berbeza dan salah dipandangan mereka maka dari umur anak aku 5 tahun lagi akan aku didik mereka untuk menghormati masyarakat gay, gemuk, syiah, cina, india, kristian, yahudi, kulit hitam dan sebagainya. Aku akan menjelaskan kepada anak anak aku mengapa masyarakat diluar membenci golongan sebegini dan betapa salah pandangan mereka itu. Aku akan memberitahu anak aku mengenai kelebihan dan kekurangan mereka serta sumbangan mereka kepada dunia. Aku tak mahu anak anak aku terikut ikut ajaran songsang guru guru dan masyarakat yang kononnya gay itu jijik, yahudi semuanya jahat, cina licik menjatuhkan melayu dan banyak lagi. Sekiranya anak aku sesekali cuba menggelarkan seseorang dengan kata kata hina contohnya bapok main bontot, syiah kafir lahanat, cina makan babi dan sebagainya aku tak akan teragak agak untuk bagi pelempang siam dekat mulut dia. Aku mahu anak anak aku menjadi orang yang bukan sahaja menghormati golongan minoriti tetapi juga dihormati oleh semua orang disekelilingnya.







Waktu anak aku dah besar, aku akan beri dia kebebasan penuh untuk memilih kursus universiti dan pekerjaan yang dia minat. Aku amatlah sedar tidak rasional untuk aku memaksa anak anak aku memilih kursus undang undang untuk menjadi peguam hanya kerana aku meminatinya. Semua orang mempunyai minat masing masing. Lagipun perbezaan minat dan pendapat itu suatu nikmat. Alangkah indah kalau dalam satu keluarga ada peguam, doktor, jurutera, arkitek, tukang masak dan usahawan. Kalau perlukan apa apa bantuan mengenai sesuatu perkara, tak payah cari orang lain sebab ahli keluarga sendiri mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara itu. Namun, andai kata ada antara anak aku yang lemah dalam pelajaran, aku akan terus menyokong dia belajar dalam kursus kursus kemahiran seperti membaiki air-cond dan membuat perabut. Aku tak nak jadi macam ibubapa lain yang suka membanding bandingkan anak yang tidak bijak dengan yang bijak. Malahan jika anak aku kerja kutip sampah sekalipun aku akan terus menyokong dan berbangga dengan dia. Sekurang kurangnya dia tak pergi merompak, berlumba haram, bertumbuk dan merogol anak orang.

Aku akan menggabungkan cara masyarakat Barat mendidik anak dengan cara ibubapa aku mendidik aku. Seperti yang semua tahu ibubapa dinegara barat akan membacakan buku kepada anak anak kecil mereka sebelum tidur. Perkara ini jugalah yang akan aku lakukan semampu boleh. Rutin ini bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan anak anak tetapi juga meningkatkan tahap imaginasi mereka dan membuatkan hubungan aku dan anak menjadi lebih erat. Selain itu, masyarakat barat mementingkan pendidikan anak anak menggunakan nasihat dan kata kata baik bukannya hukuman fizikal yang banyak digunakan diMalaysia. Begitu jugalah aku. Aku akan mengajar anak membezakan apa yang salah dan betul serta apa yang perlu dilakukan dan apa yang mesti dilakukan. Tapi katakanlah anak anak aku berterusan melakukan sesuatu kesalahan maka aku akan beralih kepada hukuman fizikal. Tindakan ini bertujuan menyedarkan mereka bahawa bagi setiap tindakan wujud balasan. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku akan memasukkan juga elemen pendidikan anak oleh ibubapa aku. Salah satu daripadanya adalah memberikan mereka merasai sedikit kesusahan agar mereka tidak terlalu bergantung kepada ibubapa dan lebih tekun untuk berjaya. Contohnya dahulu sewaktu aku kecil, emak aku membiarkan aku dan dua adik aku yang lain berjalan kaki balik kerumah sejauh tiga kilometer hampir setiap hari sedangkan orang lain balik berjemput. Selain itu, makanan yang disediakan dirumah juga hanya ala kadar. Pengalaman ini membuatkan aku mahu lari daripada kemiskinan. Moga moga anak aku juga akan lebih berdikari sekiranya sedikit kesusahan hidup dilimpahkan kepada mereka.


Inilah enam cara membesarkan anak yang telah aku fikirkan setakat ini. Mungkin terdapat beberapa kekurangan yang perlu aku baiki namun sekurang - kurangnya aku telah sedia merancang. Tambahan pula aku baru berusia 21 tahun. Masih banyak masa yang boleh aku gunakan untuk merancang menjadi bapa yang baik.

Hasil tulisan,

Fazrin Jamal 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget