Saturday, 13 July 2013

Jika Aku Seorang Ayah : 5 Cara Fazrin Membesarkan Anak-anak


Aku ada seorang anak buah berusia 3 tahun yang sangat comel bernama Muhammad Adam Daniel. Aku selalu menghabiskan masa bermain dan bergurau dengan anak buah aku tu. Tapi kadang kala kak laila aku melarang aku dan anak buah aku melakukan aktiviti bersama contohnya mandi hujan, berjalan atas tanah tanpa memakai selipar. Bagi aku tak ada masalahnya untuk anak buah aku buat benda benda macam tu asalkan ianya menyeronokkan. Kak laila aku pula berpendapat aktiviti macam tu akan menjejaskan kesihatan anak dia. Perbezaan pendapat ini membuatkan aku asyik berfikir sejak beberapa hari lepas sekiranya aku menjadi ayah satu hari kelak, cara hidup yang bagaimanakah akan aku berikan kepada anak aku? Adakah aku akan bersikap overprotective macam kak laila aku atau bersikap sempoi tetapi tegas dengan anak anak aku? Selepas beberapa lama berfikir aku akhirnya membuat beberapa keputusan.

Selepas anak aku dilahirkan, aku dan isteri aku akan bertutur dalam dua bahasa - Bahasa Melayu dan Inggeris dengan anak kami. Sesetengah orang mungkin beranggapan tindakan ini akan mengelirukan pemahaman anak kecil tentang nama sesuatu (gajah atau elephant) dan menyebabkan kanak - kanak lambat bercakap namun kerisauan - kerisauan ini tidak mempunyai asas saintifik [penjelasan daripada Center of Applied Linguistics]. Selepas anak - anak aku mencecah umur 7 tahun pula aku akan menghantar mereka ke pusat bahasa untuk belajar sebuah lagi bahasa antarabangsa penting yang lain. Disini aku akan memberikan mereka kebebasan membuat pilihan untuk memilih bahasa Sepanyol, Arab, Korea, Jepun, Jerman atau Perancis. Tetapi katakanlah anak pertama aku nanti telah memilih bahasa Perancis maka anak kedua, ketiga dan seterusnya tidak boleh memilih bahasa yang telah dipilih oleh beradik sulung dan yang lain. Sesungguhnya,aku amat gembira dengan hanya membayangkan lima hingga enam buah bahasa dituturkan dalam keluarga yang aku bakal bina suatu masa nanti. Dan sebagai bapa kepada mereka sudah pasti aku akan berasa berbangga apabila jiran, guru dan masyarakat sekeliling memandang tinggi anak anak aku. Tapi perasaan bangga bukan satu satunya sebab aku mahu anak aku belajar pelbagai bahasa. Ianya juga bertujuan agar anak aku lebih mudah diterima bekerja, mudah berkomunikasi dengan orang asing, dapat menuntut ilmu tanpa dibatasi ketidakfahaman bahasa asing dan sebagainya.




Aku tak nak jadi bapa yang terlalu overprotective seperti kakak aku. Oleh itu, aku akan membenarkan anak aku mandi hujan, bermain dengan bebas diatas tanah dan pelbagai pengalaman menarik yang ingin anak aku cuba. Mungkin ada yang mempersoalkan tindakan aku tapi pada pendapat aku hujan itu rahmat Allah dan kanak kanak menyukainya; jadi apa salahnya memberikan mereka sedikit keseronokan? Bergelumang tanah dan lumpur pula telah dibuktikan oleh kajian saintifik sebagai baik untuk kesihatan kanak kanak. 

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara dimana kepelbagaian itu secara umumnya tidak dihormati dan guru guru disekolah sering mengeji dan memandang hina golongan golongan minoriti yang berbeza dan salah dipandangan mereka maka dari umur anak aku 5 tahun lagi akan aku didik mereka untuk menghormati masyarakat gay, gemuk, syiah, cina, india, kristian, yahudi, kulit hitam dan sebagainya. Aku akan menjelaskan kepada anak anak aku mengapa masyarakat diluar membenci golongan sebegini dan betapa salah pandangan mereka itu. Aku akan memberitahu anak aku mengenai kelebihan dan kekurangan mereka serta sumbangan mereka kepada dunia. Aku tak mahu anak anak aku terikut ikut ajaran songsang guru guru dan masyarakat yang kononnya gay itu jijik, yahudi semuanya jahat, cina licik menjatuhkan melayu dan banyak lagi. Sekiranya anak aku sesekali cuba menggelarkan seseorang dengan kata kata hina contohnya bapok main bontot, syiah kafir lahanat, cina makan babi dan sebagainya aku tak akan teragak agak untuk bagi pelempang siam dekat mulut dia. Aku mahu anak anak aku menjadi orang yang bukan sahaja menghormati golongan minoriti tetapi juga dihormati oleh semua orang disekelilingnya.







Waktu anak aku dah besar, aku akan beri dia kebebasan penuh untuk memilih kursus universiti dan pekerjaan yang dia minat. Aku amatlah sedar tidak rasional untuk aku memaksa anak anak aku memilih kursus undang undang untuk menjadi peguam hanya kerana aku meminatinya. Semua orang mempunyai minat masing masing. Lagipun perbezaan minat dan pendapat itu suatu nikmat. Alangkah indah kalau dalam satu keluarga ada peguam, doktor, jurutera, arkitek, tukang masak dan usahawan. Kalau perlukan apa apa bantuan mengenai sesuatu perkara, tak payah cari orang lain sebab ahli keluarga sendiri mempunyai kepakaran dalam sesuatu perkara itu. Namun, andai kata ada antara anak aku yang lemah dalam pelajaran, aku akan terus menyokong dia belajar dalam kursus kursus kemahiran seperti membaiki air-cond dan membuat perabut. Aku tak nak jadi macam ibubapa lain yang suka membanding bandingkan anak yang tidak bijak dengan yang bijak. Malahan jika anak aku kerja kutip sampah sekalipun aku akan terus menyokong dan berbangga dengan dia. Sekurang kurangnya dia tak pergi merompak, berlumba haram, bertumbuk dan merogol anak orang.

Aku akan menggabungkan cara masyarakat Barat mendidik anak dengan cara ibubapa aku mendidik aku. Seperti yang semua tahu ibubapa dinegara barat akan membacakan buku kepada anak anak kecil mereka sebelum tidur. Perkara ini jugalah yang akan aku lakukan semampu boleh. Rutin ini bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan anak anak tetapi juga meningkatkan tahap imaginasi mereka dan membuatkan hubungan aku dan anak menjadi lebih erat. Selain itu, masyarakat barat mementingkan pendidikan anak anak menggunakan nasihat dan kata kata baik bukannya hukuman fizikal yang banyak digunakan diMalaysia. Begitu jugalah aku. Aku akan mengajar anak membezakan apa yang salah dan betul serta apa yang perlu dilakukan dan apa yang mesti dilakukan. Tapi katakanlah anak anak aku berterusan melakukan sesuatu kesalahan maka aku akan beralih kepada hukuman fizikal. Tindakan ini bertujuan menyedarkan mereka bahawa bagi setiap tindakan wujud balasan. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku akan memasukkan juga elemen pendidikan anak oleh ibubapa aku. Salah satu daripadanya adalah memberikan mereka merasai sedikit kesusahan agar mereka tidak terlalu bergantung kepada ibubapa dan lebih tekun untuk berjaya. Contohnya dahulu sewaktu aku kecil, emak aku membiarkan aku dan dua adik aku yang lain berjalan kaki balik kerumah sejauh tiga kilometer hampir setiap hari sedangkan orang lain balik berjemput. Selain itu, makanan yang disediakan dirumah juga hanya ala kadar. Pengalaman ini membuatkan aku mahu lari daripada kemiskinan. Moga moga anak aku juga akan lebih berdikari sekiranya sedikit kesusahan hidup dilimpahkan kepada mereka.


Inilah enam cara membesarkan anak yang telah aku fikirkan setakat ini. Mungkin terdapat beberapa kekurangan yang perlu aku baiki namun sekurang - kurangnya aku telah sedia merancang. Tambahan pula aku baru berusia 21 tahun. Masih banyak masa yang boleh aku gunakan untuk merancang menjadi bapa yang baik.

Hasil tulisan,

Fazrin Jamal 



3 comments:

  1. salam fazrin.. walopun sey x kona kau tp sey bekonan boto dgn apo yg kau tulih.. tulih la bnyk2 lg, goma sey baco eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Timo kaseh la bona sobab suko mo po sey nulih. Insyaallah sey akan nulih banyak laie. Sey arap cik anon akan torush menyokong sey.

      Delete
  2. just tegur...better dont upload pic yg xttup aurat...dosa tiap kali org bkn muhrim tgk....insyaallah kita sama2 kearah kebaikn...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget