Monday, 17 June 2013

17 Sebab Aku Makin Menyampah Dengan Drama Korea


Aku minat drama korea. Time exam pun sibuk layan drama korea. Tapi sejak lima tahun lepas aku tengok kualiti drama korea dah menjunam tak sebaik drama dulu - dulu. Makin tengok makin menyampah pula aku rasa. Kat bawah ni antara sebab sebab aku dah makin jarang tengok cerita korea :


Cliche

Si hero atau heroin berlari - lari satu airport cari couple diorang.
 (Stairway to Heaven, Yuhee the Witch, My Girl)

Bercinta bagai nak rak. Lepas tu dapat tahu rupa - rupanya diorang adik beradik. Terpaksa berpisah. Waktu cerita dah nak habis baru ada orang bagi tahu diorang bukan adik - beradik. Boleh bercinta balik.
(Autumn in My Heart, Winter Sonata, Summer Scent, Spring Waltz)

Nampak awek dia hampir kena langgar. Berlari kat awek untuk selamatkan dia. Awek selamat.
(Personal Taste, Dream High II, Rooftop Prince)

Perempuan menyamar jadi lelaki. Dalam kebanyakan cerita sebab nak belajar kat sekolah khas untuk lelaki.
(Sungkyunkwan Scandal, To the Beautiful You, Coffee Prince)

Kat bilik air, si lelaki bertembung dengan si perempuan. Lepas tu towel si lelaki tertanggal. Nampak cendawan beracun. And then, dua - dua menjerit.
(Personal Taste, Full House II)

Jika cerita tu bertemakan manusia dari zaman lampau  merentas masa ke zaman moden, ada je watak yang berlagak bodoh - bodoh dalam drama tu. Aku faham dia terperanjat tengok kecanggihan abad ke-21 tapi tak payah la buat muka terperanjat yang sangat menjijikkan.
(Rooftop Prince)

Lebih 90% cerita korea pasal cinta tiga segi. Kalau tak tiga segi, empat segi. Dan selalunya cinta mereka tu bermula sejak zaman kanak - kanak tapi terpisah. Akhirnya berjumpa balik bila dah besar. Muak aku. Cuba la buat cerita aksi, hantu atau jenayah ke.

cerita ni serius best gila. sedih do. rugi tak tengok.


Kebodohan Melampau / Tak Logik

Cabut bateri sebab malas nak layan phone call sedangkan butang off phone warna merah jelas terpampang. Apa la buta sangat mata tu?
(Stairway to Heaven)

Kena hujan sikit lepas tu dah demam masuk hospital bagai. Aku tahu la kat Korea tu sejuk tapi kat Malaysia ni boleh tahan gak sejuknya. Aku mandi hujan banyak kali ok je. Siap bersepak terajang dengan akak aku lagi.

Nampak awek dia hampir kena langgar. Berlari kat awek untuk selamatkan dia. Awek selamat. Tapi dia dengan penuh ketidakbijaksanaan menunggu kereta tu langgar dia. Lepas tu dia mampus atau sekurang - kurangnya cedera parah. Kenapa la dia tak terfikir nak i) jerit kat awek dia pasal kereta menuju kat arah dia atau ii) sambil tolak awek dia, dia sekali menjauhkan diri daripada laluan kereta tu?
(Personal Taste, Dream High 2, Rooftop Prince)

Perempuan menyamar jadi lelaki. Orang - orang disekeliling dia tak perasan langsung kononnya sebab dia tak ada buah dada, rambut pendek dan gayanya macam lelaki sedangkan suara dia sah - sah suara perempuan, tulang pipi dia tak timbul, dia tak nak mandi dengan pelajar lelaki lain, tangan dan kaki dia tak ada bulu dan banyak lagi. Teruk sangat ke masalah penglihatan orang korea ni?
(Sungkyunkwan Scandal, To the Beautiful You, Coffee Prince)

walaupun aku kutuk tapi aku tetap suka cerita ni. lebih kurang 12 kali dah tengok. choi ji woo memang gila gila pandai menangis.

Memang Menyampah

Perempuan dan lelaki dia menggedik tahap nak makan penyepak. Dia akan buat muka konon cute sampai aku rasa macam nak hempas tv kat rumah aku. Watak perempuan dan lelaki paling gedik aku pernah tengok adalah Oh Ha Ni yang dilakonkan Jung So-min dan watak Bong Joon-gu yang dilakonkan Lee Tae-sung  dalam drama Playful Kiss. Time bersedih pun dia buat muka bodoh. Salah satu sebab aku tak habis tengok drama tu pasal berdua ni la.

Bahasa Inggeris kebanyakan pelakon korea memang hancur!
(Love Story in Harvard)

Penyanyi penyanyi popular yang tak pandai berlakon jadi watak utama dalam drama. Aku tahu motif penerbit filem ambil penyanyi kpop berlakon sebab nak rating drama tinggi lagipun muka dorang tu hensem cantik bagai. Tapi masalahnya dorang tu berlakon hampeh. Menangis bereya-eya tapi air mata setitik pun tak keluar. Ekspresi muka pula entah apa benda. Contoh penyanyi kpop yang tak pandai berlakon adalah Kim Hyun-joong, Lee Hong Ki, Jung Yong Hwa dan banyak lagi.

cerita ni pasal cikgu kapel dengan pelajar. best memang best tapi ramai tak minat. aku ada try nak beli cd cerita ni kat kedai tapi tak ada.


Maki Satu - Persatu

Dalam drama Partner yang bertemakan percintaan dua orang peguam, aku perasan prosedur dan perjalanan proses perbicaraan sesuatu kes banyak tak sama dengan realiti dunia guaman. Dalam cerita ni, hari ni dapat kes bunuh minggu depan dah berhujah dalam mahkamah. Sedangkan dalam realiti dunia sebenar, masa yang diambil untuk pencarian bukti (saksi, circumstantial evidence, senjata, laporan deoxyribonucleic acid, motif dan banyak lagi) sahaja kadang - kadang ambil masa sehingga 9 bulan dan perbicaraan selalunya bermula setahun atau dua tahun selepas tangkapan suspek. Aku tahu la tak sesuai nak masukkan semua yang realiti kat dalam drama fiksyen tapi boleh tak sekurang - kurangnya jangan nampak sangat kesalahan tu?

Secret Garden pula sebuah drama yang sesak dengan elemen mengarut. Aku boleh faham dan dapat terima bila diawal drama tu diceritakan yang watak Kim Joo-won yang dilakonkan Hyun Bin ada Alice in the Wonderland Syndrome (benda yang dilihat kelihatan lebih kecil atau lebih besar daripada sebenarnya) dan takut kepada ruang tertutup atau/dan sempit (claustrophobia) tapi bila selepas tu ditambah pula unsur - unsur magik dan alam ghaib contohnya, Kim Joo-won nampak gambar rumah dalam lukisan tu menjadi terang bercahaya, Min Ah-young boleh melihat masa depan, badan kedua - dua watak utama tertukar dan arwah ayah Gil Ra-im datang dalam mimpi aku dah mula serabut. Nasib baik la dia tak masukkan Cotard Syndrome, Wendigo Psychosis dan Fregoli Delusion dan segala jenis penyakit mental sekali dalam drama ni.

Stairway to Heaven ni drama yang aku memang minat gila. Tapi drama ni ada satu masalah kronik. Tak kurang dari sepuluh kali mikrofon kat atas kepala pelakon tu timbul. Kalau sekali dua kali tu aku boleh faham la tapi ni dah banyak kali. Yang tukang edit video tu memang tak nampak ke? Lepas tu yang watak Han Jung Suh tu sekejap lari daripada boyfriend dia sekejap lagi cari boyfriend dia. Itu je la yang berulang sampai akhir cerita.

Nota :
1. Senarai ini tak lengkap. Sebab - sebab baru akan ditambah dari semasa ke semasa bila aku ingat lagi benda yang aku benci dengan drama korea.
2.  Jangan tengok cerita Dream High, Playful Kiss, Coffee Prince, You're Beautiful, Boys Over Flower dan The Greatest Love. Cerita ni semua hancur. Aku tak tahu la apa yang orang kemaruk sangat cerita ni.

Pengkritik jobo,
Fazrin Jamal






Monday, 3 June 2013

Naza Aiman : Adik Aku Yang Nakal

Naza Aiman  ni adik bongsu aku. Umur dia 18 tahun. Naza ni nakal sikit. Cakap aku tak pernah dia dengar. Tapi sebega - bega dia, aku tetap sayang dan rapat dengan dia. Dekat fb aku selalu baca status dia sebab dia suka melawak. Kat bawah ni aku senaraikan beberapa status lawak dia yang kadang kadang memeranjatkan aku.


May 21, 2013
"Bak kate org,crik awek tak lawa klau na dye setie....tpi awek aku lebih dri sampah dah muke dye..tpi ttap tak setie....yaallah kau temukan lah pmpuan yg bley setie.hmbe mu bkan mmilih.ta kesah la klau ie nye gred (E)..
Sudah bosan ditipu oleh perempuan yg tdak beruntong seperti kau sayangg"

Kenapa aku suka ni : Perempuan tak kisah la muka hot atau cam cibai tetap curang kalau tak reti menghargai.


March 21, 2013
"Yes 6A 2B.Family aku blnje mkan ha.
Cikgu sume ckap good boy.bgge rse nye.tengs ckgu bri tnjok ajar pde sye.yeah smbong blaja dkat UM sintok.
(GOOD BOY)"

Kenapa aku suka ni : Dia tak habis form 5 pun tapi cara dia tulis macam betul betul dapat 6A 2B. Aku rasa siapa yang tak kenal dia personally mesti kena kencing. Time awek aku beritahu aku pasal status adik aku ni aku terus gelak gila babi.


February 22, 2013
"ring ring ring loceng brbunyi
Waden dtg mmbawa knci
Kmi ddok tak sng hati
Entah ke mana na bawa pegi,
Yg mnggis mminta tlg
Yg skit pula di usung,
Orang lain tnggok di pggung
Kami di sini sndri tnggung,
Skian saja smpay di sini
Lain hari ku cerita kan lgi,
Ini kisah yg ku alami tiga thun di henrygurny
#Merengkok#"

Kenapa aku suka ni : Masa ni polis tengah cari adik aku. Jadi, waktu aku first time baca status ni aku risau - takut takut adik aku betul masuk henry gurney. Aku siap call akak aku kat kampung tanya betul ke naza kena tangkap. Akak aku cakap tak. Walaupun lega tapi rasa tertipu. Aku pun bengap sangat lak time tu tak sedar yang kat henry gurney tak boleh bawa phone jadi tak mungkin adik aku boleh update status. Lagipun ayat "Ini kisah yg ku alami tiga thun di henrygurny" tak logik langsung. Apa - apapun aku suka status ni sebab ayat dia unik, berirama dan sesuai buat lagu.


May 17, 2011
''masala2...
asl la polis ske sgt ksau mat mto...
kte bkan nyusah kn owg pon...
kte lumbe mse pagi..
org awam bukn ad pon..
snang ckp,polis ni sumenye poluto....''

Kenapa aku suka ni : Dia punya point nak merempit tak leh bla.


February 6, 2011
''sdih nye xcdent mlm tdy....
hurm dala kne than wad..
eish3!!!!!!!!!
sume ni plis pnye psal....
kot dy ta kjar mzty aq x jtoh.........!!!!!!!!!!''

Kenapa aku suka ni : Polis lak disalahkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget