Friday 21 February 2014

Kejahilan masyarakat kita


Secara umumnya, aku berpendapat masyarakat kita masih jahil dengan kemajuan sains, pendidikan agama serta cara fikir rasional. Mereka lebih suka mempercayai kepercayaan karut marut dan menyebarkannya kepada orang lain. Jarang sekali mereka memikirkan sama ada apa yang mereka dengar itu masuk dek akal atau tidak. Walaupun dah berbuih mulut aku menjelaskan betapa karutnya kepercayaan mereka itu namun jarang jarang penjelasan aku diterima. Dibawah ini aku senaraikan beberapa contoh peristiwa dan kepercayaan karut yang masyarakat kita bersemangat benar mengeyakan.

Villa Nabila
Kepercayaan karut : 27 remaja diculik hantu
Variasi : Jumlah mangsa tu pelbagai bergantung kepada sumber. Ada kata 23 orang. Yang lagi melampau sampai 30 remaja.
Fakta : Rupa - rupanya seorang je yang hilang. Tu pun pasal pergi tidur rumah awek dia. Orang kita ni yang obses sangat dengan syaitan, jin bagai beriya iya la heboh pasal penunggu villa nabila mengamuk.

Kaku
Kepercayaan karut : Kalau badan terasa kaku tak boleh digerakkan, itu disebabkan hantu himpit badan kita waktu tidur.
Fakta : Badan kaku tak boleh digerakkan tu disebabkan sleep paralysis. Sleep paralysis pula disebabkan gangguan ketika REM sleep. Kajian menunjukkan sleep paralysis berkait rapat dengan narcolepsy, migraine, anxiety disorder dan obstructive sleep apnea.

Salji
Kepercayaan karut  : Salji turun dekat Mesir tanda kiamat dah dekat.
Fakta : Salji dah pernah turun pun sebelum ni iaitu kali terakhir pada 112 tahun lalu. Dan hadis yang mengaitkan tanda tanda kiamat tu merujuk kepada jazirah arab (jazirah arab disini merujuk kepada kawasan saudi, oman, yaman dan sekitarnya) menjadi hijau semula. Mesir yang terletak di benua Afrika pula tidak termasuk dalam erti kata Jazirah Arab.
Komen aku : Kalau betul pun, boleh tak tolong henti ulang kiamat dah dekat, kiamat dah dekat. Orang dah tahu. Penat aku dengar kau membebel. Kalau kau cakap kiamat dah dekat tapi perangai masih macam setan baik tak payah cakap.

Sawan
Kepercayaan karut (kira - kira 100 tahun lalu) : Sawan disebabkan orang dengki hantar ilmu hitam.
Fakta : Selepas pendidikan sains diperkenalkan di Tanah Melayu barulah kita tahu bahawa sawan disebabkan bayi kekurangan oksigen ketika kelahiran, kecederaan dikepala ketika dilahirkan atau kemalangan ketika dewasa, kanser otak, faktor genetik seperti tuberous sclerosis, jangkitan seperti meningitis atau encephalitis, stroke atau apa apa kecederaan dibahagian otak dan akhir sekali kandungan gula atau gula yang tidak normal badan.

Melekat
Kepercayaan karut : Janganlah berzina kerana ada banyak kes dimana badan pasangan zina melekat tidak boleh dipisahkan sehingga akhirnya kedua - duanya mati.
Variasi : Ada juga cerita yang mengatakan kejadian badan melekat ini turut berlaku kepada pasangan gay yang sedang melakukan seks dubur.
Fakta : Hampir semua yang dipercayai ini tokok tambah semata mata. Dan tokok tambah ini berasal daripada majalah menjijikkan nombor satu rakyat malaysia, Mastika. Ada 5 fakta yang semua orang perlu faham. Pertama, apabila dikatakan badan mereka melekat bukanlah bermakna dada, abdomen dan kaki pasangan itu melekat bagai disapu gam gajah. Apa yang dimaksudkan adalah zakar lelaki itu tidak boleh dikeluarkan dari vagina perempuan. Istilah sains bagi kejadian ini adalah penis captivus. Kedua, bukan pasangan zina sahaja yang mengalami penis captivus. Pasangan yang sudah berkahwin juga ada yang mengalaminya. Ketiga, badan pasangan ini boleh dipisahkan. Jika dihantar ke hospital doktor boleh membantu mengeluarkan zakar dari vagina wanita. Keempat, tiada satu pun kes yang direkodkan menunjukkan penis captivus telah menyebabkan kematian kepada si lelaki, si perempuan atau kedua - duanya sekali. Dan akhir sekali, penis captivus hanya berlaku kepada pasangan heteroseksual. Semua cerita mengaitkan pasangan gay dengan penis captivus adalah satu penipuan. [Untuk memahami lebih lanjut tentang penis captivus sila baca artikel yang ditulis oleh Dr F. Kräupl Taylor dalam British Medical Journal.]
Komen aku : Pada pendapat aku cerita ini ditokok tambah (terutamanya oleh Mastika) untuk menakut nakutkan pasangan yang bercinta untuk tidak berzina. Bagi mereka, tidak kisahlah apa yang mereka sebarkan satu penipuan atau tidak asalkan zina tidak berlaku. Matlamat menghalalkan cara. Ini sangat salah. Penipuan tetap adalah satu penipuan. Janganlah kerana agenda tertentu kita, kita sanggup menipu orang lain.

Aku berharap sangat semua rakyat malaysia terutama yang beragama islam berhenti mempercayai perkara karut. Daripada anda memekak pasal benda yang tak pasti kesahihannya lebih baik anda pergi membaca hasil kajian sains yang telah diterbitkan. Moga moga pembacaan anda itu dapat menjawab segala khabar angin palsu yang masyarakat kita selalu sebarkan.

Fazrin Jamal

You are not Tuan. They are not Pendatang. We are all equal.


When we talk about unity one of the first things that come to our minds is respecting people of different races. But, what is race? Well, race is a myth. We have ethnicities, yes, but race is an artificial construct based almost solely on the amount of melanin in a person’s skin and the size and layout of facial bones and musculature.

I personally believe that there are no such things as Malay race, Chinese race, Indian race, black race, white race et cetera.

According to Article 160 (2) of the Federal Constitution, I am a Malay because I profess the religion of Islam, speak in Malay language and conforms to Malay custom but you know what, I never considered myself a malay. I hate label.

We all should respect each other. No one is superior and no one is inferior. Please stop hurting each other with hurtful words. You can discuss or criticise in a healthy manner the many doctrines of your friend’s religion, the taste of their ethnic traditional food and many others but please don’t make a remark that would cause disharmony among Malaysians.

To some Bumiputra out there please stop believing that you are Tuan and they are Pendatang. We are all equal. Those so-called pendatangs that you hate so much love this country as much as you. This land is their tanah tumpah darahku.

And finally, I hope Malaysian politicians would stop using race card to gain political mileage. Believe me, scare tactics are no longer effective these days. Divide and rule is only for losers and dictators.

Let us work together to make Malaysia a better country.

Fazrin Jamal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates