Friday 31 August 2012

Kenangan Raya Bersama Kawan Ex-Form 6



24 Ogos MMXII akan kekal dalam ingatan aku selama lamanya, insyaallah. Pada hari raya ke6 itu, aku, Amir, Linda, Asyu, Liyana, Fara, Hafeez, Akok dan Yusri beraya ke rumah kawan dan cikgu cikgu yang pernah mengajar kami.

Sehari sebelum tu, budak budak ni plan nak pergi beraya start pukul 9 pagi. Aku pun bangunlah awal pukul 8.20 sebab tak nak terlewat dan menyusahkan orang lain. Lepas pukul 9, aku tunggu punya tunggu, Linda yang janji nak jemput aku tak sampai. Lebih kurang pukul 9.15 Amir mesej aku suruh bersiap cepat sebab pukul 9.45 dia jemput aku. Ada ke patut dia suruh aku bersiap sedangkan aku dah sejam bersedia nak beraya? Aku tunggu lagi. 9.45 berlalu Amir tetap tak sampai sampai. Muak pula aku tunggu. Rasa macam malas dah nak pergi. Tapi bila Amir dan Hafeez datang pukul 10 cepat aja aku keluar. :-S 






Kami pun bertolak menuju ke rumah Amir dulu. Kat situ, aku dan budak budak ni kena tunggu si Yusri (perancang beraya pukul 9 pagi) yang tak sampai sampai. Orang telefon dekat phone dia tak angkat. Lepas beberapa lama, dia suruh aku dan budak budak ni bertolak pergi rumah Asyu dulu.

Di rumah Asyu, ada Linda dan Fara sekali menunggu jejaka jejaka tampan ni. Bila dah ramai ramai macam ni, masing masing pun bergelak ketawa macam kat form 6 dulu. Semua orang ada sesuatu nak diceritakan sebab dah lama tak berkumpul macam ni. Lepas beberapa lama, Yusri pun sampai. Janji pukul 9, tapi datang lebih kurang pukul 11. :@ Di rumah Asyu, kami dihidangkan dengan nasi goreng yang mak Asyu buat. Sedap! Rasa macam nak tambah 2-3 kali aja tapi malu pula orang perhatikan. tongue

Selepas tu, kami bertolak pergi ke rumah Liyana. Pertama kali pergi rumah dia, aku tak tahu pula rumah dia besar gila. Terperanjat aku! Kat situ, aku dan budak budak ni banyak berborak aja. Kuih pun kami tak makan sangat. 




Lepas tu, pergi pula ke rumah Akok yang agak ceruk. Macam dalam kampung orang asli. wink Tapi layanan tuan rumah memang ok la. Mee goreng basah yang dihidangkan memang sedap walaupun pedas. Rasa macam nak kutip satu persatu udang yang ada dalam mee tu sumbat dalam mulut aku. Yang untungnya beraya dekat rumah Akok ni sebab mak dan wan Akok memang pemurah bagi duit raya kat kami yang dah tua bangka ni. Wan dia bagi RM3 manakala mak dia bagi RM2. Bertambah duit raya aku.

Waktu telah menghampiri pukul 1 tengahari jadi selepas itu, budak budak lelaki bergerak menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Budak budak perempuan lak pergi shopping beli barang untuk digunakan di universiti nanti. Selepas dah selesai beribadat, aku, Hafeez, Yusri dan Amir pergi makan cendol pulut kat gerai depan masjid tu. Sedap juga la.








Kira kira pukul 2.30 petang, kami berada di rumah Cikgu Maimunah, guru yang paling aku sayangi semasa di form 6. Sumpah, aku gembira gila jumpa cikgu maimunah! Rasa macam nak pergi balik ke masa lampau dan belajar balik makroekonomi dengan dia. Raya tahun ni, makanan dekat rumah cikgu maimunah tak semewah raya tahun lepas. Tak ada nugget. Tak ada ayam. Tak ada nasi. Tapi tu tak menjejaskan raya tahun ni pun. Sebabnya, kami dapat berkumpul dan melawak sesama sendiri bersama guru. Dekat situ, aku asyik kena attack aja. Cikgu Maimunah masih lagi tegur aku supaya jangan sokong Pembangkang dan aktif berpolitik sangat macam kat sekolah dulu. Budak budak ni semua senyum senyum gelakkan aku. Amir pula ke asyik kata, ''goyang?''. Aduhai, aku dah tak terkata apa. Diam aja la. Tak baik melawan cakap guru walaupun kita ada hujah untuk menjawab. smile

Dari rumah cikgu maimunah ke rumah Cikgu Mustafa yang dulunya mengajar kami Pengajian Am Kertas 1. Teringat balik memori bersekolah dulu, cikgu mustafa bagi kerja rumah, liat betul aku nak buat. Kadang kadang sampai hampir merayu cikgu Tapa aku buatkan. Disitu sekali lagi kami dihidangkan dengan mee goreng dan lagi sekali isu ''fazrin sokong pembangkang'' tu terkeluar. Aduhai. Budak budak ni suka la tengok aku ditarbiyah. Tersenyum senyum mereka tengok aku.




Rumah cikgu Yazid sepatutnya menjadi destinasi kami yang seterusnya tapi memandangkan Cikgu Yazid dikatakan sedang mengadakan kenduri dan kami pula tak dijemput, jadi tak sedap pula rasanya datang tidak dipelawa ke kenduri orang. Oleh itu, kami terus menuju ke Tampin, ke rumah Cikgu Arbayah, guru Bahasa Melayu kami. Bila sebut aja nama cikgu ni, perkara pertama yang aku selalu teringatkan adalah cara sebutan baku cikgu menyebut 'negatif', 'oksigen' dan lain lain. Dulu dalam kelas, aku pernah tergelak kuat kuat masa cikgu Arbayah sebut perkataan baku sampai dia tanya kat aku ''Salah ke cikgu cakap, Fazrin?'' Jahatnya aku! Di rumah Cikgu Arbayah, kami dihidangkan mee goreng dan ayam KFC. Mee gorengnya sedap tapi memandangkan budak budak ni dah muak makan mee di rumah rumah sebelum ni maka ayam KFC yang mereka sumbatkan ke dalam mulut. Mee goreng tu hanya aku dan beberapa budak ni makan. Itupun sikit saja sebab dah terlampau kenyang. 






Dari Tampin, kami balik semula menuju ke Rembau ke arah rumah Amir. Emak dia sediakan nasi lemak dan mee sup. Memandangkan aku tak nak sebarang mee masuk ke tekak aku lagi hari tu, jadi aku makan la nasi lemak yang terhidang. Lagipun sambal yang tersedia istimewa sebab ada petai sekali. Sumpah sedap gila! Musim raya ni pun aku jarang jumpa nasi jadi memang berselera la aku makan. Rasa macam nak bungkus bawa balik rumah aja yang lebihan yang ada kat rumah Amir tu.

Lebih kurang pukul 7 petang kami pun balik. Penat gila beraya pada hari tu. Tapi apa apapun, kami memang gembira sangat. Tak tahulah bila lagi kami dapat berkumpul seperti ni dimasa masa akan datang. Harap harap persahabatan kami akan kekal erat walaupun masing masing membawa diri menuju menara gading.

Amin

Memori indah,
Fazrin Jamal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates