Wednesday 17 September 2014

Haramkan Facebook


Korea Utara, Pakistan, Iran, Bangladesh, China, Syria dan Tajikistan adalah antara negara negara yang pernah atau masih menghalang rakyatnya mengakses Facebook. Bukan satu kebetulan bahawa semua negara diatas adalah negara dunia ketiga. Bukan satu kebetulan bahawa semua negara diatas mempunyai rekod penyelewengan kuasa politik dan rasuah yang sangat teruk. Bukan satu kebetulan bahawa semua negara diatas sangat suka menyekat hak rakyat mereka bersuara. Dan pada masa ini wujud cadangan didalam dan luar kerajaan agar kerajaan menyekat akses Facebook. Kononnya bertujuan menghalang lebih banyak kes penghinaan agama dan kaum. Pada pandangan aku cadangan sekatan akses FB ni sebenarnya bertujuan menghalang rakyat mendapatkan, menyebarkan, serta membincangkan ideologi pro-pembangkang. Sepatutnya kerajaan mencontohi negara negara maju dan demokrasi tulen seperti Jepun, Korea, Norway dan Sweden. Mereka membenarkan rakyat mereka menggunakan fb secara bebas. Melalui fb inilah rakyat mereka lebih terdedah kepada isu isu semasa, politik dan ekonomi. Jika wujud kes penghinaan kaum dan agama yang serius di internet pula kerajaan mereka bertindak mengenakan tindakan undang undang bukannya menyekat akses fb. Aku tak faham mengapa kerajaan negara kita sangat suka mengikut jejak langkah negara negara mundur dalam banyak perkara.

Fazrin Jamal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates