Wednesday, 25 February 2015

Apa Yang Kita Perlu Ajar Anak Kecil


Kanak - kanak berusia 6 tahun dan kebawah tak perlu diajar membaca, menulis dan mengira. Itu semua boleh diajar ketika kanak - kanak itu masuk sekolah rendah nanti.
Apa yang perlu diajar adalah jangan bunuh dan menyakiti mana - mana -binatang walaupun sekecil semut, temankan mereka memberi makanan pada kucing dan anjing, ajarkan mereka menanam pokok dan kepentingannya. Selain itu, berikan duit pada mereka dan seterusnya arahkan supaya mereka mendermakan kepada peminta sedekah.
Pastikan mereka ingat sampai mati kata - kata Mahavira, 'Do not injure, abuse, oppress, enslave, insult, torment, torture, or kill any creature or living being.'
Pastikan akhlak dan peribadi anak itu sebaik akhlak dan peribadi penganut agama jain. Jangan rosakkan lagi dunia ni disebabkan kamu tak mengajar anak - anak perkara paling penting.
Anak tak pandai tak apa. Anak menyakiti haiwan, tumbuhan dan manusia itu satu masalah besar.
Fazrin Jamal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget