Wednesday 25 February 2015

Perbezaan Orang Sweden Dengan Orang Malaysia

Jumlah penduduk sweden : 9.7 juta.
Jumlah penduduk malaysia : 31 juta.
Jumlah pemenang anugerah nobel sweden : 30 orang.
Jumlah pemenang anugerah nobel malaysia : 0 orang.
Mengapa?
Sebab orang sweden tu tak menyibuk jaga tepi kain orang lain, hebohkan benda remeh temeh, berlagak ustaz dekat fb tapi perangai sendiri macam sampah. Mereka tak terpekik terlolong macam janda meroyan depan keyboard komputer pasal orang islam pegang anjing, ucapan merry christmas, rosmah tak pakai tudung, anwar meliwat dan orang melayu dipeluk kpop.
Walaupun rakyat mereka sedikit tapi mereka sedaya upaya membantu umat manusia, memberikan kita jawapan terhadap persoalan - persoalan terbuku dan memudahkan kehidupan seharian kita dengan melakukan pelbagai kajian perubatan, kimia, fizik serta menggerakkan gerakan - gerakan hak asasi dan keamanan.
Sweden ada Electrolux, Ericsson, H&M, IKEA, Skype, Solvatten, Spotify, Nordea, Volvo, Scania dan Saab.
Malaysia ada apa? Proton yang Tun Mahathir sendiri tak pakai walaupun dia pengerusi eksekutif proton tu? Malaysia Airlines yang orang malaysia sendiri gelakkan tu? Produk Qu Puteh yang setakat popular di AJL tu?
Cuba kau cerita sikit.
Nota : Pertama sekali, status ni tak menghina malaysia yang aku sayangi ni. Ia mengkritik sikap orang kita yang dah la tak nak buat apa apa untuk negara lepas tu heboh sibukkan isu isu sampah. Kedua, jangan cuba menafi dan mengelak fakta sebab aku tersangat tahu apa benda yang kau akan jawab dekat komen dan dah bersedia dengan jawapan balas.
Fazrin Jamal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates