Wednesday, 25 February 2015

Biarkan Bebas


Aku suka dengan orang yang bela dan jaga baik kucing dan anjing. Tapi aku sangat benci orang yang bela arnab dan burung.
Mengapa? Dalam kes belaan arnab, kebanyakan pembela arnab membela binatang itu dalam sangkar yang teramat kecil. Binatang itu hanya mampu bergerak dua tiga langkah kedepan dan kebelakang. Selain itu, arnab itu selalunya dibiarkan keseorangan tanpa kawan atau pasangan. Kononnya, sebab bela satu je pun dah cukup. Cuba bayangkan kau ditempat binatang tu, terpenjara. Apa perasaan kau?
Dalam kes belaan burung pula, binatang tu fitrahnya adalah terbang bebas dilangit biru bukannya untuk tunjuk - menunjuk pada jiran dan tetamu. Apalah dosa binatang tu pada kau sampai kakinya ditambat dengan tali erat? Dalam islam sendiri pun kata dosa menzalimi binatang. Macam mana kau mengaku beriman dan bertakwa tapi benda yang budak tadika faham, kau masih tak faham - faham?
Kalau betul kau nak bela binatang, pergi cari kucing dan anjing terbiar kat tepi jalan tu. Tak payah bazirkan duit berpuluh ringgit beli arnab dan burung tu.
Fazrin Jamal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget