Wednesday 25 February 2015

Banyak Membaca Atau Pelbagaikan Bacaan?


Sesetengah orang suka berbangga kerana mereka banyak membaca. Malangnya, banyak membaca tidak menjadikan kita pemikir kritikal dan pembuat keputusan rasional. Apa yang penting adalah kepelbagaian pendapat dalam buku yang kita baca bukannya jumlahnya.
Aku benci surat khabar dan portal berita pro-kerajaan. Tapi aku gagahkan juga baca utusan, berita harian dan metro walaupun mengucap panjang lepas habis baca. Kenapa? Sebab aku tak nak jadi penyokong pembangkang bodoh yang hanya mendengar kata malaysiakini, malaysian insider dan harakah. Walaupun benci tetap juga beri peluang kepada surat khabar pro-kerajaan jelaskan pendirian mereka.
Aku tak sokong teori creationism tapi aku baca artikel dan tonton video yang dihasilkan Ken Ham, Zakir Naik, Ray Comfort, Harun Yahya dan Kirk Cameron walaupun rasa nak muntah. Dalam perdebatan di Kentucky antara Bill Nye dan Ken Ham, aku dengar dengan teliti setiap benda yang Ken Ham cakapkan walaupun aku dah dengar benda tu beratus kali. Kenapa? Sebab kita mesti berfikiran terbuka dalam mengakses pandangan setiap orang.
Aku tak bersetuju dengan agama kristian, hindu, buddha, yahudi dan sebagainya tapi aku habis baca kitab bible yang tebal tu. Aku cari info pasal doktrin pelbagai agama. Aku lawat kuil dan gereja. Aku tak nak jadi macam sesetengah orang islam dinegara ni yang suka kata macam macam pasal orang kristian, syiah, yahudi dan lain lain tapi semua fakta dan tuduhannya ke laut.
Kesimpulannya, lebih baik sikit membaca tapi sumbernya pelbagai daripada banyak membaca tapi benda yang dibaca sama sahaja isi kandungannya.
Fazrin Jamal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates