Wednesday 25 February 2015

Hantaran Murah Itu Lebih Afdal

Kak laila, suami dan anaknya yang comel.
Pada zaman ni hantaran kahwin tinggi tinggi belaka. Ada yang RM11000 ada yang RM20000. Pada pandangan aku mereka ni macam nak menjual anak. Sejujurnya, aku tak faham mengapa kita perlu menyusahkan urusan yang senang. Kahwin ni tak perlu pun yang gempak gempak. Asal lengkap rukunnya, teruskanlah.
Dulu waktu Kak Laila (kakak aku yang kedua) kahwin dengan Abang Abe (nama sebenar Fazli) tak ada sesen pun hantaran kahwin yang abang ipar aku hadiahkan. Yang diberi hanyalah sebentuk cincin sebagai mas kahwin. Tapi aku sangat bangga dan hormat pada Abang Abe. Mengapa? Ceritanya begini, Kak Laila dan Abang Abe dah bercinta 8 tahun semenjak akak aku disekolah menengah lagi. Mereka dah lama nak kahwin tapi abang ipar aku bekerja kilang je. Duit tu tak pernah cukup sebab itu ini nak kena bayar. Mereka berdua ni selalu kehulu kehilir jadi tak sedap la bila orang kampung bercakap. Jadi, abang abe jumpa ahli keluarga aku minta izin nak kahwin dengan akak aku. Serius aku cakap keluarga aku ni jenis keluarga tak poyo. Kami tak pandang harta benda sangat sebab kami dah biasa hidup miskin. Kami faham abang abe aku tu tak mampu jadi kami kahwin kan je la. Lagipun akak aku tu bukan cantik atau berpelajaran mana. Bagi kami, asalkan abang abe tu benar benar sayang pada akak aku, tak buat benda jahat, rajin kerja dan tahu tanggungjawab dia sebagai suami sudah cukup untuk keluarga kami. Untuk pengetahuan semua, mereka kahwin dekat pejabat kadi je naik 2-3 biji motor. Aku dan mak aku yang sakit teruk waktu tu tunggu je dekat rumah. Bila dah selesai akad nikah dekat pejabat kadi mereka pun balik rumah tanpa sebarang kenduri makan makan atau sambutan diadakan. Walaupun begitu, kami sekeluarga gembira sebab lepas seorang akak aku nikah.
Pastinya sesetengah orang yang mendengar cerita akak aku ni ada yang berfikir, ''Perempuan tu tak rasa malu ke kahwin dengan lelaki tak berduit?'', ''Orang kampung tak mengata ke?'', ''Jantan jenis apa yang nakkan anak dara orang tapi sesen pun tak bagi?''. Ini jawapan aku untuk soalan soalan sebegini : Aku tak malu akak aku kahwin dengan lelaki tak berduit sebab aku tahu abang ipar aku tu baik. Apa yang aku malu adalah jika satu hari nanti akak aku bunting, perut menteneng berisi anak haram sampai orang kampung mengata. Dulu ada seorang makcik yang aku kenal (nama dirahsiakan) dengan riaknya kata, ''Kalau tak ada RM7000 jangan harap nak anak aku (nota : kenyataan riak ni dibuat lebih kurang tahun 2002 jadi nilai hantaran RM7000 memang gila besar la waktu tu)''. Akhirnya, anak dia tu beranak tak sempat kahwin. Inilah jadinya bila demand lebih. Anak tu kalau berpelajaran tinggi, cantik dan pandai buat serba serbi kerja perempuan tak apa tapi ini biasa biasa je. Tak ke malu? Berbalik pada kisah akak aku, jiran jiran yang diberitahu tentang perkahwinan akak aku melalui bual mulut menyambut baik berita tu. Tak ada pula menyindir, mengata bagai. Kami gembira, jiran jiran pun gembira.
Sesetengah orang mungkin akan berhujah, ''Kahwin ni sekali sekala. Apa salahnya kita buat grand grand?''. Masalahnya, kau buat grand grand menyusahkan si lelaki. Zaman sekarang ni semuanya mahal. Kereta, rumah, tol, minyak, makan, pakai semua nak kena bayar. Kalau bakal menantu kau tu banyak duit jual dadah tak apa tapi kerjanya polis, mekanik, technician je. Minta RM5000 - RM6000 je jadilah. Ingatlah, perkahwinan ni bukan pertandingan menunjuk kenduri siapa paling hebat. Dalam islam pun berdosa menunjuk nunjuk. Jangan dek asyik nak menunjuk, esok esok anak perempuan tu menunjuk anak haramnya dekat kita.
Apa apapun, sampai hari ini kehidupan akak aku sekeluarga harmoni sahaja. Dah timang seorang anak yang comel pula tu, Adam Daniel (5 tahun). Dan walaupun kedua dua kakak dan abang ipar aku kerja kilang sampai hari ni tapi syukur gaji mereka cukup nak sara keluarga mereka dan bank in aku setiap bulan untuk kegunaan aku diuniversiti.
Fazrin Jamal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates