Wednesday 25 February 2015

Senarai fatwa yang aku nak dengar diMalaysia

1. Haram menghina wanita yang tidak menutup aurat.
2. Haram menghantar ugutan bunuh kepada penganjur I Want to Touch a Dog.
3. Haram mengagung - agungkan ahli politik BN dan PR.
4. Haram bagi ahli politik menipu rakyat dengan fakta, statistik, kajian dan janji yang tidak benar.
5. Haram bagi ulama ulama menjadi pak turut pemimpin kerajaan kerana mereka sebenarnya bekerja kerana dan kepada Allah.
6. Haram menyalahkan wanita yang berpakaian seksi dalam kes rogol kerana seseksi manapun seorang wanita mereka tak diminta dirogol. Sepatutnya salahkan lelaki yang merogol kerana tak pandai nak kawal nafsu. Allah kata dalam Surah An-Nur ayat 30, ''Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang- orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.''
7. Haram makan harta rakyat.
8. Haram suruh bersyukur dengan kerajaan.
9. Haram mempercayai tanpa usul periksa fitnah fitnah lawak berkaitan Freemason, Illuminati, agenda kristian, syiah, yahudi bagai.
10. Haram mengkafirkan dan membenci orang orang syiah, ahmadiyah, wahabi. Islam atau tidak mereka itu hanya Allah yang boleh menentukan.
11. Haram panggil orang cina dan india pendatang.
12. Haram mendiskriminasi orang bukan islam.
13. Haram bagi orang islam mengajak orang islam yang lain membakar bible.
14. Haram membuli golongan gay kerana mereka juga manusia seperti kita.
15. Haram bagi ahli politik menyalahgunakan agama untuk pancing undi.
Fazrin Jamal

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates