Wednesday, 25 February 2015

Penyokong Teori Konspirasi : Kamu Suka Kebenaran Tapi Kamu Tak Suka Fakta

Kepada semua penyokong teori konspirasi,


6 juta yahudi benar - benar dibunuh dalam peristiwa holocaust. Yahudi tak membuat - buat cerita untuk menagih simpati dunia. Janganlah kerana kebencian kau pada yahudi menyebabkan kau menafikan tragedi malang yang menimpa mereka. Cuba bayangkan saudara seagama kau yang dibunuh, adakah kau suka jika orang lain mengatakan itu semua penipuan yang diada - adakan muslim / kristian untuk menagih simpati?
Rujuk : Holocaust Denial di Rationalwiki.
Tragedi 9/11 benar benar dilakukan oleh pengganas islam bukannya kerja orang dalam. Bagi kau, banyak perkara tidak logik dan tidak konsisten dalam tragedi tetapi persoalannya, sudahkah kau mendengar penjelasan pihak yang dituduh dan pihak neutral? Semestinya tidak. Kerana kau tidak mahu mempercayai orang islam yang melakukan pengeboman World Trade Center tu. Kau mahu mempercayai yahudi - kristian yang kau bencikan sangat tu yang buat semua tu.
Rujuk : 9/11 Conspiracy Theories di Rationalwiki.


Neil Armstrong benar - benar menjejakkan kaki dibulan. Mempersoalkan mengapa bendera amerika berkibar dibulan yang tiada udara itu bagus, mempersoalkan batu dibulan yang kononnya bertanda C itu bagus, mempersoalkan mengapa tiada satu bintang pun yang kelihatan pada gambar yang diambil itu bagus tetapi NASA dan puluhan saintis telahpun menjawab persoalan persoalan ini dengan bukti - bukti kukuh. Masalah orang kita adalah kita mendengar hujah pembenci amerika sahaja. Mengapa? Sebab mereka pun pembenci amerika dan mereka mahukan satu alasan untuk membenci dan memperkecilkan amerika.
Rujuk : Moon Landing Hoax di Rationalwiki.
Genetically modified food (GMO) tu selamat dimakan. Janganlah percaya kata golongan berlagak pandai diluar sana kononnya GMO boleh menyebabkan kanser, autism, masalah hati, kematian bayi dan sebagainya. Orang lain makan ok je. Majoriti saintis pun kata selamat. Yang tak selamat bila kau melantak KFC sampai 3-4 kali seminggu.
Rujuk : Genetically Modified Food di Rationalwiki.
Orang sweden ada mengatakan, man hör vad man vill höra yang bermaksud kau dengar apa yang kau nak dengar. Kau tak nak dengar hujah yang membuktikan kepercayaan tak masuk dek akal kau tu salah. Percayalah cakap aku, karang ramai yang cuba menegakkan benang yang basah tanpa merujuk artikel yang aku suruh baca tu.
Fazrin Jamal

1 comment:

  1. Ko ni mmg hidup dlm mimpi sndiri la, yakin cerdik sngt.klo betul bln tu dpt pegi, pehal smpi skrg pun xpergi lg.kesian la kt ko ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget